Warner Bros. Rancang Reboot Filem THE MATRIX, Bakal Diterajui Bintang Baharu!

185

Written by:

FilemSemasaTV

Anda peminat Neo, Morpheus, Trinity dan Ejen Smith?

Dengan sekuel The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutin (2003) menerima kritikan kurang memberangsangkan berbanding The Matrix (1999), ia tetap diiktiraf sebagai salah sebuah naskah trilogi filemfiksyen sains klasik moden terhebat dalam transisi abad-20 ke abad-21.

Dan hari ini, menurut laporan yang diterima menerusi sumber The Hollywood Reporter, sebuah rangka pelan dan perancangan untuk projek reboot filem tersebut sedang dalam peringkat fasa awal di studio Warner Bros. Tiada perincian serta butiran lanjut tentang berita ini tetapi penulis skrip Zak Penn (Ready Player One, Pacific Rim: Uprisingtelah dilamar untuk melakar plot dan jalan cerita.

Pengarah adik-beradik  transgender, Larry/Lana dan Andy/Lilly Wachowski nampaknya tidak terbabit langsung dengan projek di atas (setakat ini). Namun begitu, pihak studio akan cuba untuk mendapatkan restu mereka berdua dan memberikan mereka kredit penerbit, pengarah dan penulis asal.

Penerbit prolifik, Joel Silver merupakan individu yang bertanggungjawab dengan idea reboot untuk francais tersebut. Namun, tidak pasti sama ada beliau akan terbabit dengan projek ini kerana Warner Bros. pernah melabelkan penerbit itu sebagai “mempunya reputasi untuk meledakkan kos dan bajet produksi serta mempunyai krisis hubungan dengan adik-beradk Wachoski”.

Malah sebelum ini, idea untuk menjadikan The Matrix sebagai sebuah siri televisyen bersiri juga turut ditolak Warner Bros.

Untuk pemilihan pelakon pula, Michael B. Jordan (Fantastic Four, Black Panther) dikhabarkan sedang diburu dan berada dalam senarai teratas untuk membintangi filem tersebut.

Apa pendapat anda tentang laporan ini? Komen dan ulasan dalam ruangan di bawah seperti biasa.

Last modified: March 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *