BEAUTY AND THE BEAST Kembali ‘Halal’ untuk Tayangan Umum di Malaysia!

421

Written by:

Lembaga Penapisan Filem (LPF) hari ini telah kembali memberikan ‘lampu hijau’ untuk tayangan Beauty and the Beast seluruh Malaysia.

Namun demikian, terdapat beberapa babak yang telah disunting rentetan laporan kami semalam.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata filem terbitan Walt Disney Pictures itu sudah diluluskan selepas babak berunsur homoseksual dipotong. 

Menurut petikan kenyataan yang dibuat oleh beliau menerusi laman portal akhbar-akhbar utama:

“Sebenarnya filem itu kita sudah luluskan selepas membuat sedikit potongan sebab kita keluarkan adegan berkaitan gay. Jadi ia boleh ditayangkan dan diklasifikasi sebagai P13. Jadi kanak-kanak pun boleh tonton. Bahagian LPF tiada isu. Kita tidak sekat filem itu.”

Sistem pengkadaran ‘P13’ mensyaratkan kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak diberi kebenaran menonton filem di pawagam melainkan ditemani oleh seorang dewasa. LPF sudah ambil maklum mengenai isu babak berkenaan yang menjadi kontroversi di negara luar lebih awal.

“Kami sudah maklum mengenai babak itu. Dan kami memang sudah teliti. Saya tidak mahu ulas mengenai babak tersebut. 
 Dan kenapa ia ditunda, ia bergantung pada pihak penerbit filem itu sendiri. LPF tidak masalah kerana potongan babak telah dilakukan..” 

Filem tersebut sepatutnya ditayangkan di pawagam-pawagam utama seluruh negara menjelang Khamis ini. Tetapi pengedarnya Walt Disney Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata filem itu terpaksa ditangguhkan untuk “semakan dalaman” (internal review).

Tiada penjelasan lanjut diberikan berhubung penangguhan itu dan tarikh baru tayangannya juga tidak dapat dipastikan.

Kontroversi timbul apabila watak LeFou lakonan Josh Gad (Frozen, Pixel) digambarkan pengarahnya Bill Condon seperti “jatuh hati pada Gaston” lakonan Luke Evans serta punya imej homoseksual. Babak itu hanya terlihat sekelip mata dalam satu babak tarian Belle dan Beast,

Di Amerika, kumpulan ibu One Million Moms tidak setuju Walt Disney menaikkan agenda gay.

Manakala di Rusia, tayangan filem itu diluluskan untuk khalayak 16 tahun ke atas selepas dibantah keras wakil rakyat aliran konservatif.

Last modified: March 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *