10 Trivia Menarik dalam Treler Rasmi Terbaharu WONDER WOMAN!

469

Written by:

10. Diana Prince/Wonder Woman Tidak Tahu Menggunakan Pintu!

Disebabkan latarbelakang beliau yang berasal dari Pulau Keramat Themyscira yang jauh dari pembangunan dan arus kemodenan biarpun pada awal kurun ke-20, meneroka dunia lain selain tempat itu amat janggal dan canggung buat Diana Prince/Wonder Woman. Pintu pun beliau tidak lepas dan tidak tahu asas fungsinya!

9. Wonder Woman Ada Slogan Khas Sendiri!

Di hujung treler terbaharu ini, kita dapat mendengar cogankata ini:

“I am Diana of Themyscira. Daughter of Hippolyta. In the name of all that is good, your wrath upon this world is over.”

Mantap!

8. .. dan Mungkin Lebih Kuat dari Superman dan Batman!

Dengan prebiu beberapa babak-babak tempur baharu, kita dapat menyaksikan kekuatan Wonder Woman sepertimana yang dapat kita lihat dan baca menerusi semua komik beliau sebelum ini. Sebagai seorang wanita yang mempunyai darah keturunan dewa dari langit, ini merupakan sesuatu yang menakjubkan.

7. Beliau Boleh Campak Kereta Kebal Perang Dunia Pertama!

Untuk peminat setia komik Wonder Woman juga, ada satu babak dalam treler ini yang pastinya akan mengingatkan kita pada satu lembaran sejarah watak adiwiranita utama DC Comics tersebut. Mari kita lihat babak itu dan perbandingan komiknya di bawah ini:

6. Seorang yang Terlalu Cantik, Pembersih dan Wangi 🙂

Sesampainya ke kota London, beliau terus memberi komen tentang dunia baharu yang pertama kali disaksikan sejak keluar dari pulau asalnya di Themyscira. Dan ia bukanlah sepertimana sama dan serupa dengan apa yang dibayangkan.

5. Wonder Woman, Baka Perwira Amazon Prima!

Oh. Rasanya ramai yang sudah tahu akan hal ini. Cuma bila kita tonton treler yang terbaharu ini, banyak pendedahan dan bukti-bukti visual yang mengesahkannya.

4. Punya Set Kemahiran Luarbiasa Hebat!

3. ..dan Pemberian Kuasa Istimewa!

2. Diana Prince Berlatih Keras dan Dibuli Teruk Sebelum jadi Wonder Woman!

Dengan Permaisuri Hippolyta dan Jeneral Antiope di sisinya sejak kecil, memang sudah menjadi legasi dan tradisi serta tanggungjawab beliau untuk hidup menjadi panglima perang dan pahlawan tempur. Dan ini sememangnya bukan sesuatu yang mudah biarpun dibandingkan dengan sejarah hidup bakal teman-teman Justice League yang lain kelak.

1. Senjata Beliau Asal Milik Dewa-Dewa!

Ini kami tidak mahu cerita lebih. Bimbang jadi ‘spoiler’.

Malang sekali, treler kali ini masih tidak banyak mendedahkan siapa seteru dan antagonis utama buat Wonder Woman.

Watak Sir Patrick Morgan/Panglima Dewa Perang Ares yang dipegang oleh David Thewlis (The Fifth Estate, Legend). Malah, Danny Huston sebagai Jeneral Ludendorff dan Elena Ayana sebagai Dr. Poison juga hanya muncul seketika sahaja kali ini tanpa memberi peluang untuk penonton serta peminat merangka bayangan plot rancangan jahat mereka.

Apapun begitu, tona dan mood untuk treler terbaharu Wonder Woman tanpa berbeza dengan Man of Steel (2013) dan Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) sebelum ini. Sebuah perubahan yang sebenarnya amat dialu-alukan oleh pengikut setia francais filem dan dunia sinematik DC Comics!

Apakah pendapat anda pula untuk treler terbaharu ini? Adakah minat anda bertambah untuk menontonnya jika dibandingkan dengan treler sulung yang terdahulu? Di manakah yang masih kurang dan perlu diperbaiki lagi?

Nyatakan seperti biasa di dalam ruangan komen.

Wonder Woman akan berada di pawagam seluruh dunia pada 2 Jun, 2017.

Last modified: March 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *