Judul Siri Drama Televisyen Baharu X-MEN Arahan Bryan Singer Terdedah!

369

Written by:

KomikSemasaTV

Penerbit eksekutif Matt Nix telah berpadu tenaga dengan pengarah Bryan Singer untuk sebuah projek rahsia X-Men.

Tidak berapa lama selepas khabar angin ini tersebar, ianya telah disahkan sebagai sebuah siri drama televisyen yang kini telah memiliki barisa pelakon yang terdiri daripada Stephen Moyer, Amy Acker, Jamie Chung, Blair Redford, Sean Teale dan Emma Dumont.

Dan pada hari ini, judulnya telah sah serta rasmi dipanggil Gifted.

Ia bermula dengan kisah di mana sepasang suami isteri yang menemukan anak mereka sebenarnya adalah seorang mutan. Ini memaksa mereka hidup dalam pelarian dan secara tidak sengaja telah terserempak dengan sekumpulan kumpulan mutan pemberontak bawah tanah.

Kebanyakan daripada watak-watak yang akan ditampilkan dalam siri televisyen ini adalah baharu dan mungkin tidak biasa kita dengar dalam mana-mana siri komik X-Men keluaran Marvel Comics kecuali watak Polaris and Blink yang akan dibawa oleh Emma Dumont dan Jamie Chung. Selain itu, kita juga memperlihatkan kemunculan robot pemantau Sentinels yang juga telah diubahsuai.

Lihat entri foto terkini akaun Twitter rasmi milik Lauren Shuler Donner dalam satu sesi bacaan skrip awal yang turut mendedahkan kehadiran pelakon Joseph Morgan (The Originals, The Vampire Diaries) sebagai tambahan terkini Gifted di bawah ini:

Last modified: March 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *