Komik KONG: SKULL ISLAND Karya Artis Malaysia Bakal Dedah Asal-usul Kelahiran King Kong!

2450

Written by:

Kong: Skull Island telah membuka tayangannya minggu ini.

Untuk mereka yang masih lagi tidak puas dengan penghabisan jalan cerita dan mahukan sesuatu yang lebih ekstra, ini ada berita baik:

Sebuah siri komik baharu bakal diterbitkan dengan fokus kepada asal-usul kelahiran Kong!

Legendary Comics telah membuat pengumuman tersebut baru-baru ini dengan judul komik Skull Island: The Birth of Kong. Ia merupakan komik siri mini 4 isu yang akan menceritakan lebih terperinci sejarah dan latar belakang Skull Island yang penuh misteri dan juga dari mana datangnya Kong. Ia direncanakan sebagai sebuah naskah yang bertindak sebagai sekuel dan juga prekuel kepada filem tersebut dan menelusuri aktiviti sulit sekumpulan unit pasukan khas Monarch yang kembali ke Skull Island serta misi membongkar terus rahsia di sebalik pulau itu.

Dalam ekpedisi itu, mereka telah mempelajari tentang konflik makhluk raksasa dan gergasi tersebut, termasuk peperangan panjang di antara Kong dan lawan-lawannya yang lain. Turut didedahkan adalah premis mengapa Kong merupakan spesis terakhir yang masih hidup dalam generasinya dan ini menjanjikan sebuah jalan cerita yang jauh lebih menarik.

Naskah komik ini ditulis oleh Arvid Nelson (Rex Mundi, Batman: Joker’s Asylum). Manakala untuk ilustrasi dalaman, ianya dihasilkan oleh pelukis komik kelahiran Malaysia, Zid (Spectral: Ghosts of War, Son of Merlin).

Isu pertama akan mula berada di pasaran pada 5 April, 2017 untuk edisi cetakan dan digital dengan usahasama Loot Crate dan prebiu percuma isu sulung yang boleh didapati menerusi Comixology.

Lihat prebiu komik Skull Island: The Birth of Kong tersebut di bawah ini:

Last modified: March 11, 2017

One Response to " Komik KONG: SKULL ISLAND Karya Artis Malaysia Bakal Dedah Asal-usul Kelahiran King Kong! "

  1. fariz says:

    terbaek bakat kelahiran malaysia ! next artikle pasal zid pls.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *