Tonton Promo dan Poster Rasmi Terbaharu Filem Aksi-Hidup GHOST IN THE SHELL lakonan Scarlett Johansson!

209

Written by:

FilemKomikMangaSemasa

Selamat berkenalan dengan Mejar Motoko Kusanagi versi Hollywood.

Bersempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, Paramount Pictures telah meraikan sambutan hari tersebut dengan material promosi khas untuk filem aksi-hidup asal anime dan manga Ghost in the Shell.

Dengan dua video yang memaparkan beberapa babak-babak eksklusif daripada filem lakonan Scarlett Johansson sebagai cyborg pembunuh dengan misi membalas dendam, ia turut memaparkan wawancara dengan para pelakon termasuk pengarah Rupert Sanders (Snow White and the Huntsman, Halo 3: The Life, We are ODST)

Sebagai bonus tambahan, sebuah poster baharu juga turut didedahkan.

Tonton video-video khas dan poster tersebut di bawah ini:

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem di atas:

“Based on the internationally-acclaimed sci-fi property, ‘GHOST IN THE SHELL’ follows the Major, a special ops, one-of-a-kind human-cyborg hybrid, who leads the elite task force Section 9. Devoted to stopping the most dangerous criminals and extremists, Section 9 is faced with an enemy whose singular goal is to wipe out Hanka Robotic’s advancements in cyber technology.”

Ghost in the Shell turut dibintangi Michael Pitt, Juliette Binoche, Takeshi Kitano, Michael Wincott dan Pilou Asbæk untuk tayangan 31 Mac, 2017.

Last modified: March 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *