Adam West Bakal Hadir sebagai Pelakon Undangan Khas dalam Siri TV POWERLESS!

154

Written by:

“Holy Comeback, Batman!”

Warner Bros. Television (WBTV) hari ini telah mengeluarkan pekeliling media yang mengumumkan kemunculan Adam West untuk tampil sebagai pelakon jemputan khas dalam salah satu episod siri komedi televisyen terbitan NBC, Powerless.

Pelakon veteran tersebut yang cukup popular dan terkenal sebagai Bruce Wayne/Batman menerusi siri televisyen retro klasik Batman dari tahun 1966 sehingga 1968 bakal hadir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Wayne Industries bernama Dean West. Beliau datang ke Charm City dengan perkhabaran kurang menarik untuk Emily Locke (Vanessa Hudgens) dan Van Wayne (Alan Tudyk) kerana pemotongan bajet yang diakibatkan oleh serangan teruk terhadap Gotham City.

Kenyataan dan pekeliling media penuh itu boleh dibaca di sini:

BURBANK, Calif. (March 7, 2017) — Gotham comes to Charm City when the iconic Adam West, who played the role of Batman on television in the Sixties, guest stars in an upcoming episode of Powerless as Dean West, chairman of Wayne Industries. Following an attack on Gotham City, Wayne Industries has to make some cuts and Mr. West visits Charm City to deliver the bad news to Van and Emily. Will the dynamic duo of Van and Emily be able to save the team at Wayne Security, or are our Charm City Heroes destined for the unemployment line?

Executive producers Patrick Schumacker and Justin Halpern said, “Powerless is billed as DC’s first comedy, but we’ll always view Mr. West as the founding father of comedy in the DC Universe, thanks to his work in the original Batman television series. We are thrilled to have the opportunity to work with a living legend.”

Ini bukan kali pertama Adam West beraksi semula dalam Dunia DC Comics kerana sebelum ini pernah tampil sebagai pelakon suara utama untuk Batman: The Animated Series dan Batman: The Brave and the Bold. Pada tahun lalu, beliau juga sekali lagi muncul sebagai watak Batman menerusi filem animasi Batman: Return of the Caped Crusaders.

Malah mungkin ada yang tidak tahu, pelakon itu yang kini berusia 88 tahun pernah berkolaborasi dengan krew produksi Powerless untuk meminjamkan suara beliau bagi montaj kredit pembukaan siri tersebut!

Jadi, apa pendapat dan pandangan anda semua tentang laporan ini?

Last modified: March 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *