DC Comics Maklum Sedia Bikin Filem ‘R-Rated’ Kesan Kejayaan LOGAN dan DEADPOOL!

187

Written by:

Deadpool dan Logan telah berjaya membuktikan bahawa filem adiwira komik dengan label R-Rated boleh menjana sukses box-office yang hebat.

Ramai di kalangan peminat dan penonton di luar sana menanti-menanti siapakah yang bakal mengekori formula Marvel/20th Century Fox tersebut sebagai testimonial saksama.

Dan kini itu semua bakal terjawab apabila pihak DC Comics/Warner Bros. Pictures menerusi laporan yang dipetik dari sumber The Wrap ada menyebut bahawa divisyen filem mereka positif dengan idea tersebut. Menurut jawapan salah satu wakil yang namanya enggan didedahkan:

“One hundred percent ‘YES’. With the right character(s).” 

Ini bukan jaminan rasmi yang menandakan ianya akan dihasilkan segera. Tetapi dengan francais watak komik seperti Lobo dan Black Adam yang sudah hampir pasti akan menjalani fasa pra-produksi tidak lama lagi, segalanya mungkin buat kita semua.


Malah rancangan untuk penghasilan filem The Batman versi R-Rated juga merupakan satu gagasan idea yang menarik dan sudah pasti akan mendatangkan sesuatu yang baharu buat peminat di serata dunia.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa di bawah ini.

 

Last modified: March 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *