Pandang Pertama Watak Teri Hatcher dan Kevin Sorbo dalam Siri TV SUPERGIRL!

282

Written by:

Seperti yang dijangka, Mon-El ternyata berasal dari keturunan DiRaja Daxam.

Dan ini terbukti secara rasmi dalam video promosi iklan terbaharu untuk siri televisyen Supergirl (Musim ke-2, Episod 16) yang berjudul “Star-Crossed”.

Semuanya terbongkar apabila sebuah kapal angkasa misteri tiba ke bumi yang datang dari planet jiran kepada Krypton. Di sini juga kita dapat melihat buat pertama kali kelibat watak Teri Hatcher (Lois & Clark: The New Adventures of Superman, Desperate Housewives) dan Kevin Sorbo (Hercules, Kull the Conqueror).

Siapakah sebenarnya mereka berdua yang datang tanpa diundang ini?

Adakah sah mereka adalah ayah dan ibu kandung kepada Mon-El?

Atau adakah mereka penyamar yang mempunyai agenda rahsia tersendiri?

Tonton video promosi iklan untuk episod Supergirl tersebut di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi untuk episod yang di atas:

“A new villain (guest star Teri Hatcher) comes to National City, putting Supergirl (Melissa Benoist) on high alert. Meanwhile, Winn’s (Jeremy Jordan) girlfriend, Lyra (guest star Tamzin Merchant), gets Winn in trouble with the law. Maggie (guest star Floriana Lima) attempts to help Winn but old loyalties get in the way. The Music Meister (Darren Criss) attacks Supergirl. John Medlen directed the episode written by Katie Rose Rogers & Jess Kardos.”

Supergirl “Star-Crossed” (Musim ke-2, Episod 16) akan disiarkan pada 20 Mac, 2017 menerusi saluran The CW.

Last modified: March 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *