Pandang Pertama Black Bolt dan Lockjaw di Set Penggambaran INHUMANS!

168

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Inhumans kini sedang giat dalam proses penggambaran di Hawaii, Amerika Syarikat.

Dan hasil daripada risikan kami yang berterusan, hari ini kita dapat melihat pandang pertama watak Anton Mount sebagai Blackagar Boltagon atau lebih dikenali dengan nama Black Bolt, Raja Pemerintah Puak Inhumans!

Nampaknya pihak Marvel Comics telah mengubah sedikit penampilan Black Bolt dengan tidak mengenakan topeng mukanya yang ikonik itu. Secara logiknya, keputusan ini agak tepat kerana tiada sebab munasabah kenapa ketua kumpulan adiwira Inhumans tersebut perlu menyembunyikan wajahnya?

Itu hanya satu teori sahaja. Mungkin juga beliau akan memakai topeng muka apabila cerita ini ditayangkan kelak.

Memerhatikan kepada seragam beliau pula, jelas sekali ianya diinspirasikan daripada seragam komik kerana corak serta tema ‘zig-zag’ pada bahagian hadapan sut Black Bolt itu telah ditonjolkan. Biarpun warna putih telah dihitamkan semua, ramai akan menganggap ia persis seragam dan kostum francais filem X-Men era trilogi awal Bryan Singer. Ada sumber lain yang mengatakan bahawa seragam dan kostum ini merupakan salah satu daripada beberapa kostum dan seragam yang akan dipakai oleh Black Bolt.

Dalam satu lagi foto yang agak menarik juga adalah kelibat model berupa seekor anjing berskala besar dengan acuan model digital 3D CGI berwarna biru. Ini jelas adalah untuk watak Lockjaw, anjing dengan kebolehan teleportasi milik Black Bolt.

Lihat entri dan foto-foto tertiris di belakang tabir untuk Inhumans di bawah ini:

Kami menjangkakan lebih banyak foto-foto akan muncul dan disiarkan tidak lama lagi.

Sementara itu, apa komen anda tentang pandang pertama ini? Apakah Marvel berjaya menghidupkan watak Black Bolt dari komik ke aksi hidup Inhumans dengan baik? Atau adakah penampilan kostum dan seragamnya mengecewakan?

Nyatakan dalam ruangan komen seperti biasa di bawah entri ini.

Inhumans akan disiarkan sebanyak 8 episod menerusi saluran ABC milik Disney Media Networks pada September, 2017. Dua episod awal akan ditayangkan terlebih dahulu di pawagam terpilih IMAX bermula 1 September, 2017 selama dua minggu berturut-turut.

Last modified: March 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *