Jared Leto Kini Dilamar Disney untuk Reboot Filem TRON!

110

Written by:

Musim ‘reboot’ Hollywood berterusan.

Pihak Walt Disney Pictures dikhabarkan sedang dalam proses perbincangan dan fasa awal untuk mendapatkan Jared Leto dalam usaha pembikinan semula filem klasik fiksyen sains/fantasi futuristik, Tron.  Menerusi sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter, sebuah skrip yang tidak digunakan untuk sekuel filem Tron: Legacy (2010) akan digunakan tetapi bukanlah rentetan atau kesinambingan daripada filem tersebut.

Jared Leto (Suicide Squad, Blade Runner 2049) turut dilaporkan akan memegang watak yang bernama Ares. Tidak banyak yang diketahui lebih daripada itu sama ada ia ada kaitan atau rujukan dengan dua buah filem yang terdahulu.

Pengarah dan tarikh tayangan rasmi untuk filem tersebut masih belum diumumkan.

Last modified: March 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *