Hugh Jackman Mahukan Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai WOLVERINE!

1161

Written by:

Shah Rukh Khan mempuya ramai pengikut dan peminat setia di seluruh dunia.

Bukan sahaja di kalangan masyarat serta rakyat biasa, malah selebriti-selebriti dari pelbagai industri filem serata negara kenal siapa beliau. Dengan gelaran King Khan, King of Bollywood dan Baadshah of Bollywood, pengaruh bintang asal India ini memang luarbiasa.

Teraju utama filem Logan, Hugh Jackman yang sedang hangat mempromosikan tayangan filem terbaharu beliau itu telah menyatakan sebelum ini bahawa filem tersebut adalah penampilan terakhirnya sebagai Wolverine. Biarpun ramai di antara kita semua bakal merindui beliau selepas ini, bintang Hollywood dari Australia itu mengakui sudah sampai masa beliau melepaskan watak popular X-Men tersebut dan memberikannya kepada pengganti baharu.

Dalam beberapa sesi wawancara mutakhir ini, Hugh Jackman turut berkata beliau tidak kisah sesiapapun yang bakal menggantikan dirinya sebagai Wolverine asalkan individu itu layak dan disukai peminat. Dan semasa satu sidang media bersama sekumpulan wartawan, Hugh Jackman ditanya oleh salah seorang daripada mereka siapakah paling layak untuk menggantikannya.

Dan dengan spontan, ini jawapan yang beliau berikan:

Ya.

Shah Rukh Khan.

Siapa sangka nama bintang disebut dan berada dalam benak fikiran beliau.

Jadi, apa pula pendapat dan pandangan anda? Adakah SRK layak untuk muncul sebagai Weapon X selepas ini? Jika tidak, siapakah pilihan ideal anda?

Nyatakan jawapan dan komen anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: March 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *