AVENGERS: INFINITY WAR dan AVENGERS 4 Dijangka Menelan Kos USD$1 Bilion!

189

Written by:

Luarbiasa. Memang benar-benar luarbiasa.

Pada tahun 2015, desas-desus ada melaporkan bahawa perbelanjaan untuk dua sekuel filem Avengers yang berikutnya akan menelan gabungan belanja sebanyak USD$1 bilion. Sejak itu, ramai yang telah menyangkal akan khabar angin tersebut dan menganggap ianya sama sekali spekulasi yang belum berasas.

Tetapi berdasarkan sumber dan perkembangan terkini yang dipetik dari The Atlanta Business Chronicle, ia ada menyebut ramalan kewangan itu adalah seakan-akan benar.

Sekiranya ianya disahkan oleh dalam masa terdekat ini, angka tersebut bakal menjadikan kedua-dua filem tersebut filem termahal pernah dihasilkan dalam sejarah Hollywood. Dan sudah tentunya Walt Disney dan Marvel Studios akan mengharapkan pulangan yang sememangnya lumayan lagi menguntungkan!

Menurut pemilik dan pengurus bersama Pinewood Atlanta Studios, Dan Cathy dalam petikan berita di atas:

“We now have on the lot down there.. the largest film production ever with a $1 billion budget,”

Jumlah ini tampak seperti terlalu banyak untuk sesebuah produksi filem. Tetapi dengan gabungan nama-nama besar adiwira yang terdiri dari Avengers, Guardians of the Galaxy dan Spider-Man membuat kemunculan dalam filem tersebut, angka USD$1 bilion dianggap logik serta munasabah. Ini tidak termasuk lagi belanja untuk keluaran produk-produk jualan dan dagangan (merchandise), jualan DVD dan Blu-ray serta usahasama dengan penaja sampingan yang lain.

Sebelum itu, filem dengan bajet terbesar sekali pernah direkodkan adalah untuk Pirates of the Caribbean: On Stranger dengan kos USD$378 juta bagi sebuah produksi filem.

Adakah anda teruja dengan pembikinan kedua-dua filem ini kelak? Adakah anda merasakan pihak studio berbelanja lebih dari yang diperlukan atau bajet itu dianggap rasional dan logik?

Nyatakan pendapat dan pandangan anda seperti biasa di ruangan komen di bawah entri ini.

Last modified: March 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *