Tonton Treler Rasmi Akhir Filem GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2!

223

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Treler rasmi terbaharu dan terakhir untuk filem sekuel arahan James Gunn tentang adiwira penyelamat galaksi telah dilancarkan sebentar tadi.

Ianya disiarkan secara langsung menerusi rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live! dan sememangnya dinantikan ramai untuk peminat-peminat dan penunggu setia Guardians of the Galaxy Vol.2.

Kebanyakan paparan dalam treler tersebut adalah baharu dan memberikan kita pelbagai babak-babak mencuit hati untuk pengembaraan seterusnya buat  Star-Lord dan pasukan radikal intergalalktiknya itu. Kita juga dapat melihat watak antagonis Ayesha lakonan Elizabeth Debicki (The Man from U.N.C.L.E., Everest) dan penampilan misteri saat akhir oleh Kurt Russell sebagai ayah kepada Peter Quill/Star-Lord yang digelar “Ego the Living Planet”!

Tonton treler terakhir dan poster rasmi filem tersebut di bawah ini:

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2017.

 

Last modified: March 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *