Ini Respon Russell Crowe Terhadap Pilihan Peminat untuk Watak Cable dalam Sekuel DEADPOOL!

181

Written by:

Russell Crowe nampaknya peka dan beri perhatian kepada permintaan peminat-peminatnya.

Sejak petisyen dan rekomendasi ramai yang datang dari segenap pelusuk dunia untuk beliau memegang peranan sebagai Cable untuk sekuel Deadpool, pelakon yang berasal dari New Zealand itu pada hari ini telah memberikan respon kepada idea tersebut.

Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, beliau telah menyampaikan mesej dengan tag berikut kepada pelukis komik/pencipta watak Cable sendiri, Rob Liefeld:

Dengan sambutan yang memberangsangkan daripada peminat, Rob Liefeld telah menyahut dan menjawab saranan kepada cadangan idea tersebut:

Russell Crowe pernah melakonkan watak adaptasi komik sebelum ini dengan memegang peranan sebagai Jor-El dan ayah kepada Kal-El/Superman menerusi filem Man of Steel (2013). Dan pada tahun 2000, pengarah Bryan Singer pernah menawarkan beliau watak utama Wolverine untuk filem pertama X-Men (2000) tetapi ditolak dengan baik dan mencadangkan ia diberikan kepada Hugh Jackman yang pada ketika itu tidak dikenali ramai.

Tarikh tayangan untuk sekuel Deadpool ini masih belum lagi dimuktamadkan.

Last modified: February 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *