Tonton Treler Rasmi Filem Drama Fantasi BRIGHT lakonan Will Smith!

189

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Treler rasmi terbaharu untuk drama fantasi Netflix berjudul Bright bakal memperkenalkan kepada dunia di mana makhluk seperti orc, elf, pari-pari dan magis wujud di zaman moden ini.

Tetapi ia bukanlah sebuah dunia yang mana anda semua mahu lalui dan diami.

Diarahkan oleh David Ayer (Suicide Squad, Fury) dan lakon layar skrip oleh Max Landis (Chronicle, Victor Frankenstein), ia mengisahkan tentang Pegawai Polis Los Angeles (LAPD) bernama Scott Ward lakonan Will Smith dan teman sekerjanya, Nick Jakoby lakonan Joel Edgerton iaitu lantikan orc pertama dalam sejarah LAPD. Mereka diarahkan untuk mencari sebatang tongkat sakti luarbiasa yang dikatakan paling berkuasa dan merbahaya dalam dunia Bright.

Filem ini juga dibintangi oleh Noomi Rapace (Prometheus), Lucy Fry (11.22.63), Edgar Ramirez (Wrath of the Titansdan Ike Barinholtz (Suicide Squad).

Berikut adalah sinopis dan treler rasmi untuk Bright:

“Set in an alternate present-day where humans, orcs, elves, and fairies have been co-existing since the beginning of time. Bright is genre-bending action movie that follows two cops from very different backgrounds. Ward (Will Smith) and Jakoby (Joel Edgerton), embark on a routine patrol night and encounter a darkness that will ultimately alter the future and their world as they know it”

Bright akan disiarkan menerusi aliran strim menerusi Netflix pada December, 2017.

Last modified: February 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *