Pandang Pertama Kurt Russell sebagai Ego dalam GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2!

173

Written by:

Banyak yang telah diperkatakan tentang peranan penting watak bernama Ego dalam filem sekuel Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Namun sejak kebelakangan ini setelah treler rasmi dan promosi iklan filem tersebut telah disiarkan, kita tetap tidak dapat melihat dan menatap wajah sebenar watak yang dilakonkan oleh Kurt Russell itu (The Hateful Eight, The Fate of the Furious) dan lebih fokus kepada dinamik pasukan baharu adiwira angkasa Marvel itu.

Walau bagaimanapun dengan kehadiran sebuah lagi treler baharu yang bakal menjelma bila-bila masa sahaja daripada sekarang, tidak menjadi sesuatu mustahil untuk kita akhirnya dapat melihat kelibat watak Ego itu secara rasmi bersama anak kandung Star-Lord lakonan Chris Pratt (Jurassic World, Passengers).

Sementara menanti detik dan waktu itu tiba, sebuah foto yang memperlihatkan Kurt Russell sebagai watak tersebut telah didedahkan di atas talian, sama seperti pendedahan foto promosi figura aksi yang tertiris pada minggu lalu dengan mengenakan seragam serupa dipamerkan semasa acara San Diego International Comic-Con pada tahun lalu. Asal dan dari mana foto ini diambil tidak diketahui tetapi ada yang menyebut ianya hadir dari sebuah perkongsian cerita di Snapchat.

Lihat foto tersebut di bawah ini:

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2017.

Last modified: February 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *