Pengarah THE LEGO BATMAN MOVIE Bakal Arah Filem NIGHTWING, Jared Padalecki Tunjuk Minat Pegang Watak Utama!

190

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Selain peminat X-Men, pengikut Batman juga telah merasakan minggu yang amat menarik buat mereka.

Setelah pihak Warner Bros. dan DC Comics akhirnya mengunci pengarah Matt Reeves (Cloverfield, War for the Planet of the Apes) dan Ben Affleck untuk filem The Batman, mereka juga telah mendedahkan bahawa filem Nightwing turut sedang dalam proses perancangan.

Dan antara sutradara yang telah memulakan perbincangan dengan pihak studio adalah pengarah dan penerbit filem The LEGO Batman Movie, Chris McKay. Dan sumber yang diambil dari The Hollywood Reporter ini turut menamakan penulis skrip The AccountantBill Dubuque telah memulakan penghasilan jalan ceritanya. Lebih memarik lagi, bintang siri televisyen Supernatural dan Gilmore Girls, Jared Padalecki adalah antara yang terawal menunjukkan minat untuk memegang watak Richard Grayson/Nightwing menerusi paparan Twitter di bawah ini:

Watak sidekick kepada Batman ini belum pernah muncul dalam mana-mana filem DC Comics melainkan sepasang seragam Robin dalam Batman v Superman: Dawn of Justice.

Namun tidak ada seorang individu pun yang terlibat dalam produksi filem tersebut mendedahkan siapakah yang telah dan pernah mengenakan seragam tersebut sebelum ini sebagai penggempur penjenayah malam bersama Batman.

Versi animasi LEGO dalam The Lego Batman Movie, telah diberikan lakon suara oleh Michael Cera manakala Chris O’Donnell pernah beraksi dua kali sebagai Robin menerusi filem Batman Forever (1995) dan Batman & Robin (1997).

Malah kesudahan untuk trilogi The Dark Knight (2005-2012) di bawah Christopher Nolah telah turut memberi bayangan bahawa Joseph Gordon-Levitt bakal mengambil alih tugas pelindung bandar Gotham dengan kemungkinan sebagai Nightwing/Robin/Batman.

Apa pula pendapat dan pandangan anda? Siapakah yang lebih layak untu memegang watak serta peranan sebanag Nightwing sekiranya filem ini hadir kelak?

Komen seperti biasa dalam ruangan di bawah ini.

Last modified: February 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *