Sir Patrick Stewart Rasmi Umum ‘Persaraan’ sebagai Professor X selepas LOGAN!

304

Written by:

Berita ini mungkin sudah pernah diramalkan oleh ramai peminat sebelum ini.

Sejak francais filem-filem X-Men diberikan nafas segar pasca X-Men: First Class (2011), saga berterusan tentang pasukan adiwira mutan paling popular Marvel Comics tersebut telah memberikan fokus kepada pendatang-pendatang baharu dan lebih muda. Akan tetapi, kita masih lagi dapat menyaksikan kelibat dan kemunculan Patrick Stewart sebagai Professor X, sama ada dalam babak masa lampau atau masa hadapan sepertimana terlihat dalam X-Men: Days of Future Past (2014).

Pada hari ini, beliau yang mula dikenali ramai menerusi siri televisyen fiksyen sains popular Star Trek: The Next Generation telah mengumumkan penampilannya buat kali terkahir sebagai Professor Charles Xavier dalam filem arahan James Mangold iaitu Logan.

Patrick Stewart menyatakan pendiriannya itu semasa tayangan perdana filem di atas baru-baru ini di samping Hugh Jackman dan James Mangold. Sumber ew.com mendedahkan ucapan lengkap beliau:

“A week ago, Friday night in Berlin, the three of us sat watching the movie. And I was so moved by it, much more moved than I had been the first time of seeing it. Maybe it was the company of these two guys, but the movie ended and — this is an admission — but at one point [Hugh] reached out and he took my hand in those last few minutes.. and I saw him go [mimes wiping a tear from his eye] like this, and then I realized I had just done the same thing. Then, the movie ended… and we were going to be taken up on stage.. but not until the credits were over. So, we had some time to sit there and as I sat there I realized there will never be a better, a more perfect, a more sensitive, emotional, and beautiful way of saying au revoir to Charles Xavier than this movie. So, I told [Hugh] that same evening, ‘I’m done too. It’s all over.’”

Lambat laun, detik dan saat begini dalam mana-mana karier seorang pelakon ternama dan terkenal seperti beliau akan datang jua. Paling mengujakan serta membanggakan, persembahan terakhir Patrick Stewart sebagai Pengetua dan mentor kepada X-Men telah ditinggalkan dalam sebuah naskah hebat seperti Logan memang tepat sekali.

Buat Sir Patrick Stewart,

Terima kasih kerana sudi hadir sebagai Professor Charles Xavier selama tempoh lebih 17 tahun ini.

Persembahan anda memang terbaik. Anda pasti akan dirindui.

Logan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 2 Mac, 2017.

Last modified: February 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *