Joe Carnahan Bakal Mengarah Filem X-FORCE dengan Skrip Ryan Reynolds?

188

Written by:

Terlalu banyak khabar angin yang kedengaran sejak akhir-akhir ini tentang dunia filem X-Men.

Selepas menerima laporan yang mengatakan bahawa filem Logan yang bakal ditayangkan minggu hadapan akan mempertontonkan babak bonus pasca-kredit, pihak 20th Century Fox menerusi akaun Twitter rasmi milik pengarah James Mangold telah menafikannya dengan serta merta. Kemudian muncul berita Drew Goddard (Cloverfield, The Martian) mengambil alih tugas penulisan skrip dari Ryan Reynolds tetapi telah menyangkal berita tersebut dengan mengatakan bahawa beliau hanya hadir sebagai panel penasihat khas.

Dan berita yang baharu kami terima hari ini telah mendedahkan bahawa Joe Carnahan (The A-Team, Bad Boys 3: Bad Boys for Life) akan mengarah dan turut menulis jalan cerita untuk filem X-Force!

Sumber berita di atas yang mula-mula hadir dari laman web ComicBook.com telah memuktamadkan segalanya dan beliau merupakan pilihan utama setelah sekian lama dilamar pihak studio. Dengan Ryan Reynolds kini dalam fasa produksi yang sangat aktif untuk penghasilan sekuel Deadpool, maka tidak mustahil bahawa beliau juga turut berperanan besar untuk filem X-Force di samping Joe Carnahan untuk menghasilkan filem tentang sekumpulan pasukan pemberontak mutan dan skuad elit X-Men persis IMF dalam francais Mission Impossible.

Masih belum ada tarikh tayangan rasmi untuk filem tersebut dijaduakan setakat ini.

Apa pendapat anda tentang perkembangan ini? Pendapat dan pandangan seperti biasa pada ruangan komen di bawah.

Last modified: February 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *