Marvel Sahkan ‘Hidupkan’ Kembali Wolverine Menjelang Mei 2017!

221

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Sumber yang kami dengar dan himpun sejak beberapa minggu lalu hampir mengesahkan bahawa Marvel Comics sah akan ‘menghidupkan kembali watak James Howlett/Logan/Weapon X atau lebih popular dan dikenali dengan nama Wolverine!

Ini semua bakal terjadi serta dibuktikan dalam isu komik X-Men: Blue #4 pada bulan Mei yang akan datang ini.


Seperti yang dapat dilihat menerusi ilustrasi kulit muka hadapan komik tersebut, ia menampilkan imej ikonik tangan seorang mutan bercakar besi dengan latar belakang Pasukan Biru X-Men baharu yang memerhatikannya penuh kejutan.

Untuk pengetahuan ramai, kita langsung tidak kelihatan kelibat Logan sejak kali terakhir beraksi dalam peristiwa “Death of Wolverine” pada Oktober 2014. Dan biarpun semua ini belum lagi diumumkan secara rasmi, semua pembayang dan plot cerita nampaknya sedang menuju kebangkita semula watak mutan kegemaran ramai ini dan mengambil kembali gelaran Wolverine terkini yang dipegang oleh X-23.

Apakah anda teruja dengan idea mengembalikan Wolverine dari ‘kematian’ sejak tiga tahun lalu? Atau adakah anda berpendapat beliau perlu kekal pergi buat selama-lamanya dan digantikan dengan mutan lain?

Nyatakan pendapat anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah ini.

 

Last modified: February 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *