Pandang Pertama Barisan Pelakon Penuh ALIEN: COVENANT Dedah Penampilan James Franco!

252

Written by:

Pengembaraan angkasa sains fiksyen Ridley Scott berterusan!

Akaun Twitter rasmi untuk Alien: Covenant telah mendedahkan sebuah foto baharu yang memperlihatkan kepada kita kesemua barisan pelakon sekuel filem di bawah pengarah filem The Martian dan Blade Runner itu.

Antara yang muncul dalam foto tersebut adalah Katherine Waterston, Michael Fassbender, Danny McBride, Demián Bichir dan Billy Crudup. Mungkin ada yang masih ingat khabar angin yang mengatakan bahawa bintang utama Dawn of the Planet of the Apes dan The Interview, James Franco turut mempunyai peranan dalam filem ini.

Dan ternyata hari ini semuanya sah dan jelas menerusi foto di bawah ini:

Sebagai makluman tambahan, kita juga  bakal dipertontonkan dengan sebuah treler promo baharu menjelang esok. Sinopsis rasmi untuk Alien: Covenant adalah seperti berikut:

“Bound for a remote planet on the far side of the galaxy, the crew of the colony ship Covenant discovers what they think is an uncharted paradise, but is actually a dark, dangerous world — whose sole inhabitant is the ‘synthetic’ David (Michael Fassbender), survivor of the doomed Prometheus expedition.”

Alien: Covenant akan berada di pawagam seluruh dunia pada 4 Ogos, 2017.

Last modified: February 22, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *