Video Prebiu Khas Fasa 3 Semesta Sinematik Marvel Dedahkan Wakanda, Thor lawan Hulk dan Banyak Lagi!

357

Written by:

Berita yang amat mengujakan untuk pengikut setia Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Pada minggu lalu, kita telah pun didedahkan dengan sebahagian daripada video khas yang mengumumkan bahawa produksi filem Avengers: Infinity War sudah pun bermula.

Laporan tersebut boleh anda baca DI SINI.

Dan pada hari ini, keseluruhan video tersebut yang sebenarnya dipakejkan bersama cakera bonus Blu-Ray Doctor Strange untuk diedarkan menjelang hujung bulan ini telah dapat ditonton.. Seperti yang dapat kita saksikan, ia menampilkan wawancara eksklusif bersama ramai individu-individu penting di belakang tabir untuk barisan filem Marvel Studios untuk tempoh 3-4 tahun akan datang. Ianya termasuk kemunculan pengarah Taika Waititi bagi filem Thor: Ragnarok (2017) dan juga  Ryan Cooler untuk Black Panther (2018).

Selai itu, ia juga memberikan kita pandangan imej baru seteru utama mereka iaitu Thanos, beberapa konsep ilustrasi Bandar DiRaja Wakanda serta gambaran efek visual awal untuk pertembungan Thor melawan Hulk sepertimana yang dapat anda lihat di bawah ini:

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan menjadi pembuka tirai untuk kalendar MCU untuk tahun ini dan disusuli dengan Spider-Man: Homecoming serta Thor: Ragnarok bagi hujung 2017.

Memandangkan hampir kesemua filem-filem untuk Fasa 3 Marvel Studios ini masih lagi dalam pelbagai fasa produksi, bersiap-sedia untuk lebih banyak lagi pendedahan-pendedahan terbaharu lagi menarik di masa yang akan datang.

Video prebiu khas untuk Semesta Sinematik Marvel Fasa 3 itu dapat ditonton di bawah ini:

Last modified: February 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *