Samuel L. Jackson Amat Berminat untuk Kembali Bikin Sekuel UNBREAKABLE!

177

Written by:

Sekali lagi diberi amaran: Entri terbaharu ini ada terdapat KANDUNGAN SPOILER.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila filem Split arahan M. Night Shyamalan ditayangkan pada bulan lalu, penonton telah dihidangkan dengan putaran plot besar yang mendedahkan bahawa filem tersebut sebenarnya berlangsung dalam dunia yang sama dengan filem Unbreakable.

Apa yang berlaku adalah Split sebenarnya adalah cerita asal-usul untuk ‘The Horder’ (James McAvoy) dan berakhir dengan watak David Dunn lakonan Bruce Willis muncul di hujung babak filem tersebut. Dengan pengikut dan peminat yang semakin hari semakin teruja dengan sebuah lagi cerita susulan Unbreakable dan Split, salah seorang daripada teraju utama filem tahun 2000 itu telah tampil dengan kenyataan untuk kemungkinan sebuah sekuel.

Samuel L. Jackson yang bergandingan bersama Bruce Willis untuk filem itu lebih 15 tahun dahulu telah diwawancara oleh portal Collider tentang idea sekuel tersebut dan reaksi beliau apabila mengetahui Split sebenarnya mempunyai kaitan dengan Unbreakable.

Menurut beliau:

“I got a call and [Shyamalan] said, ‘Call me I wanna talk to you about something.’ And I called him, because I always do when I get a message from him always hoping [it’s Unbreakable 2], and he said, ‘I just did this film called Split, I want you to see it,’ and I was like ‘OK, I’m down with that.’ I had no idea what Split was about or anything else, and he said, ‘We’ll talk after you see it.’ So I went to the arranged screening and I called him immediately and was like, ‘OK dude does this mean what I think it means?’ and he was like, ‘Well.. first we gotta see how the movie does’. And I think the movie’s done well enough now to merit the ‘OK, let’s put this together.’”

Split berjaya meraih kutipan hampir USD$173 juta di seluruh dunia dengan bajet produksi hanyasebanyak USD$9 juta. Pengarah yang mula meraih populariti menerusi filem Sixth Sense (1999) itu menyatakan beliau sebenarnya mempunyai rangka rancangan besar untuk sambungan filem Split yang bakal menggabungkan James McAvoy, Bruce Willis dan Samuel L. Jackson dalam sebuah cerita, biarpun masih banyak lagi yang belum lengkap dan diperlakukan.

Pemegang watak Kolonel Nicholas ‘Nick’ Fury menerusi filem-filem Marvel Comics itu juga turut menambah tentang kebarangkalian berhadapan dengan watak James McAvoy sekiranya filem sekuel itu berlaku:

“I think he’s an adequate foe for what Bruce’s Unbreakable character is in terms of him being sort of unbreakable too in that kind of way and me having found now.. ‘****! That would be two people that Elijah would look at and go, ‘Why are they so this and I’m so this on this end of the spectrum?’ It’s just a matter of breaking my *** out of wherever that mental institution was they had me locked up and let’s get it on, let’s see what happens!”

Beliau yang tampak semakin teruja setelah kejayaan box-office filem tersebut, terus menerangkan bahawa kemungkinan untuk sekuel itu berlaku adalah amat tinggi.

 “..the success of that particular film as a way of saying ‘I think that we might move forward’.All parties seem willing to come together for another “Unbreakable” and fans certainly want it. So now, the ball is in Shyamalan’s court.”

Last modified: February 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *