Penampakan Bintang STRANGER THINGS di Set Penggambaran AVENGERS: INFINITY WAR!

199

Written by:

Ini ada satu perkembangan yang amat menarik.

Pengarah Joe dan Anthony Russo telah mendedahkan sebuah foto baharu pada awal hari ini di laman rasmi Facebook mereka dari set penggambaran Avengers: Infinity War. Dan suatu kejutan telah terjadi apabila penampilan orang ketiga di dalam foto itu adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan bintang utama siri televisyen popular Netflix, Stranger Things iaitu Millie Bobby Brown!

Foto yang dikongsikan di lama Facebook adik-beradik Russo tersebut dapat kita lihat di bawah ini:

Dengan kapsyen foto “Guest director Millie Bobby Brown”duo sutradara tersebut sama sekali tidak menyatakan sama ada pelakon yang mempopularkan watak Jane ‘Eleven’ Ives itu diberikan peranan dalam filem Avengers terbaharu atau pun tidak.

Ini jelas sekali menimbulkan tanda tanya dan persoalan di kalangan peminat.

Mungkin sahaja mereka berdua adalah peminat tegar siri sukaramai Netflix itu. Tetapi agak musykil juga apabila pelakon mudah tersebut dijemput dan menghabiskan masa di set produksi yang kini berpusat di Atlanta, Georgia tanpa ada sebab-musabab rasional. Dan sekiranya ada yang sudah mula meramalkan bahawa beliau akan tampil sebagai cameo, siapakah beliau dalam Avengers: Infinity War?

Tiada siapa yang dapat difikirkan setakat ini.

Tanpa kostum, tanpa mekap dan tanpa sebarang pembayang; memang ia merupakan satu tekaan yang sulit. Sebagai menambahkan lagi dramatik pada foto di atas adalah cahaya ungu yang muncul di sekeliling mereka. Adakah ini petanda bahawa ia ada kena-mengena dengan Thanos? Atau adakah ianya mempunyai kaitan dengan salah satu permata Infinity yang kebetulan juga berwarna ungu?

Nyatakan sebarang teori anda seperti biasa pada ruangan komen di bawah entri ini.

Last modified: February 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *