Donald Glover sebagai Simba, James Earl Jones sebagai Mufasa dalam Filem Aksi Hidup LION KING!

189

Written by:

I just can’t wait to be King.

Pengarah Jon Favreau (Iron Man, Iron Man 2) baharu mengumumkan menerusi akaun rasmi Twitter miliknya bahawa James Earl Jones (trilogi klasik Star Wars) dan Donald Glover (The Martian, filem prekuel antologi Star Wars: Han Solo) telah terpilih untuk beraksi dalam filem adaptasi aksi hidup The Lion King sebagai watak utama ayah dan anak, Mufasa and Simba.

Masih belum pasti sama ada Donald Glover akan menyumbangkan suara untuk kedua-dua watak Simba ketika kecil dan dewasa. Tetapi memandangkan beliau pernah melakukannya untuk siri animasi televisyen Disney XD Ultimate Spider-Man sebagai Miles Morales ketika berusia 14 tahun, kebarangkalian tersebut mungkin boleh berlaku

Manakala James Earl Jones yang cukuo terkenal sebagai suara utama yang menghidupkan watak Darth Vader itu akan kembali berperanan untuk watak ikonik itu seperti yang pernah dilakukannya pada versi animasi asal tahun 1194.

Lihat pengumuman rasmi menerusi tweets tersebut di bawah ini:

Projek filem ini telah dimumumkan pada September lalu, rentetan daripada kejayaan besar box-office untuk The Jungle Book. Ia meraih kutipan sebanyak lebih USD$966.5 juta di seluruh dunia. Tiada sebarang tarikh mula produksi ditetapkan lagi tetapi dengan pengumuman ini, sudah pasti lebih banyak perkembangan baharu akan diterima dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, apa pendapat anda tentang pengumuman di atas? Sila kemukakan pendapat serta pandangan anda pada ruangan komen di bawah seperti biasa.

Last modified: February 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *