Marvel Studios Akhirnya Akan Mulakan Projek Filem/Televisyen NAMOR?

193

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Sejak sekian lama, ia masih menjadi tanda studio manakah yang memegang hak tayangan dan produksi untuk Namor the Sub-Mariner.

Pada tahun lalu, Ketua Pengarah Kreatif (CCO) Marvel akhirnya telah membuat kenyataan rasmi yang memungkinkan sesuatu.

Menurut beliau, Namor the Sub-Mariner adalah di bawah urusan Marvel Studios. Maka bermula dari situ, kita masih lagi belum menemukan sebarang kemajuan atau laporan terbaharu berkenaan adaptasi komik tersebut.

Tetapi itu semua bakal berubah dengan sebuah khabar angin yang bertiup kencang hari ini .

Berdasarkan kepada sumber berita yang diperolehi pada minggu lalu, penggambaran untuk The Inhumans telah dijadualkan untuk sebuah studio Marvel baharu yang terletak di Oahu, Hawaii. Dan kini, sumber berita yang sama juga telah melaporkan bahawa ada rancangan untuk memulakan produksi untuk sebuah filem aksi hidup berdasarkan komik Namor the Submariner.

Biarpun ianya masih diklasifikasikan sebagai berita ‘khabar angin’, masyarakat tempatan di sana tetap memperolehi maklumat yang kukuh berkenaan The Inhumans. Jadi setiap laporan, berita mahupun khabar angin harus diberikan perhatian sewajarnya.

Katakan berita ini sah dan rasmi, apakah ianya akan hadir sebagai sebuah filem atau siri televisyen?

Dengan hasil gabungan fakta dan sumber yang belum mencukupi serta tiada sebarang kenyataan diberikan sejak beberapa bulan lalu, masih terlalu awal untuk menyatakan format yang bakal ditayangkan kelak.

Dengan segala spekulasi yang timbul, apakah pendapat anda tentang perkembangan terbaharu ini?

Last modified: February 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *