Tonton Treler Rasmi Filem COLOSSAL ala Kaiju Jepun lakonan Anne Hathaway!

215

Written by:

Ada sebuah filem yang akan datang pada bulan April ini yang rasa dia lain macam.

Dibintangi oleh teraju utama filem blockbuster seperti The Dark Knight Rises (2012) dan Interstellar (2014) serta pemenang Anugerah Academy untuk Les Misérables (2012), Anne Hathaway hadir sebagai seekor makhluk ala raksasa Kaiju/Godzilla.

Dan filem yang dimaksudkan itu diberi judul Colossal.

Mungkin kita pernah mendengar laporan dan desas-desus tentang projek filem tersebut. Tetapi hari ini, ia tampil secara rasmi dengan sebuah video treler dan poster teaterikal rasmi untuk tatapan semua.

Filem arahan Nacho Vigalondo (Timecrimes, Extraterrestrial) ini disifatkan oleh pengkritik sebagai pelik tetapi menarik, berpotensi untuk menaikkan namanya lebih jauh dan berisi bijak yang tidak disangka-sangka.

Ianya sudah mendapat tayangan prebiu khas semasa acara Festival Filem Cannes (Festival de Cannes) pada tahun lalu dan mendapat respon serta sambutan yang memberangsangkan dan berpandukan kepada treler di bawah ini, ianya memang wajar diberikan perhatian:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi untuk filem Colossal:

“Gloria (Anne Hathaway) is a hard partying New York scene girl who is thrust into crisis when her boyfriend, Tim (Dan Stevens), grows sick of her antics and kicks her out of their apartment. With no other options, she moves back to her hometown and quickly regresses, drinking every night until last call and accepting a job at a bar owned by her childhood friend Oscar (Jason Sudeikis). One day she wakes up and blurrily finds out that Seoul was terrorized by a giant creature the night before. Eventually, Gloria begins to suspect her own drunken actions are bizarrely connected to the monster rampaging in South Korea.”

Colossal akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 April, 2017.

Last modified: February 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *