Pandang Pertama Rey, Finn dan Poe Dameron untuk THE LAST JEDI Didedahkan!

157

Written by:

Ini berita yang baharu kami terima.

Konsep senireka untuk barisan jualan permainan bagi filem Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi telah memberikan kita pandang pertama untuk tiga teraju utama filem tersebut.

Didedahkan secara rasmi menerusi laman web StarWars.com menjelang acara Force Friday II (sebuah acara khas untuk para peminat bagi semua produk filem Star Wars), gambaran itu jelas menunjukkan ketiga-tiga watak yang terdahulu muncul dalam Star Wars: Episode VII – The Force Awakens tetapi dengan sedikit perubahan pada imej dan sahsiah rupa diri mereka.

Daisy Ridley yang memegang peranan utama sebagai Rey adalah yang paling ketara perubahannya. Gaya rambutnya kini menutup separuh bahagian tengkuknya namun masih berambut pendek jika jika hendak dibandingkan dengan penampilannya hampir dua tahun lalu. Juga kelihatan jubah hitam tanpa lengan yang dikenakan dengan busana putih asal yang biasa buat beliau.

Manakala Finn masih lagi menyarung jaket milik asal Poe Dameron dan sekarang memakai seragam dengan kolar terbuka yang menghampiri gaya seragam Han Solo dalam trilogi klasik. Memandangkan dalam filem sebelum ini beliau banyak memakai seragam dalaman Stormtrooper yang berwarna hitam itu, seragam yang dikenakan ini adalah penanda tidak rasmi beliau kini tidak lagi bersama Angkata First Order.

Poe Dameron paling banyak tidak berubah berbanding ketiga-tiga mereka dengan seragam juruterbang X-Wing yang serupa.

Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: February 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *