Lihat Pandang Pertama Kostum Teri Hatcher untuk Siri Televisyen SUPERGIRL!

257

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Teri Hatcher yang pernah muncul dalam Lois & Clark: The New Adventures of Superman suatu masa dulu akan kembali beraksi dalam siri televisyen Supergirl.

Menerusi akaun rasmi Twitter beliau, pelakon jelita yang turut dikenali dalam Desperate Housewives serta penampilan dalam Tomorrow Never Dies (1997) telah berkongsikan sebuah foto kostum yang bakal dikenakan dalam siri Supergirl itu kelak. Nama watak serta peranan rasmi beliau masih belum didedahkan lagi. Tetapi dengan kehadiran Kevin Sorbo (Hercules: The Legendary Journeys, Kull the Conqueror) sebagai seorang lagi pelakon jemputan dalam episod yang sama bakal menimbulkan banyak spekulasi.

Lihat entri terbaharu Twitter rasmi milik Teri Hatcher di bawah ini:

Pada minggu lalu, Kevin Sorbo yang mengesahkan kemunculan beliau dalam Supergirl bersama Teri Hatcher telah mendedahkan beberapa maklumat tentang episod tersebut biarpun belum dapat disahkan secara rasmi. Menurutnya, Teri Hatcher akan memegang peranan sebagai isterinya dan mereka berdua datang dari sebuah planet yang bersengketa dengan Krypton.

Ini sekaligus telah memberi andaian kepada peminat bahawa mereka bakal memegang watak sebagai Raja dan Permaisuri Planet Daxam. Atau apakah mungkin mereka adalah Bar-El dan Lilo, dua orang angkasawan asal Krypton tang tersesat dalam komik All-Star Superman oleh Grant Morrison dan Frank Quietly itu?

Dalam plot dan jalan cerita terkini Supergirl, Daxam merupakan jiran terdekat planet Krypton sebelum ianya hancur musnah dalam satu malapetaka semulajadi. Kebinasaan Krypton telah mendedahkan Daxam kepada radiasi teruk yang mengakibatkan maut sekaligus mengorbankan majoriti penghuninya. Salah satu watak dalam siri tersebut iaitu Mon-El diiktiraf sebagai satu-satunya spesis serta kerabat Daxam yang masih hidup sepertimana Kara-Zor El/Supergirl dan Kal-El/Superman.

Dan sekiranya benar Teri Hatcher dan Kevin Sorbo adalah Raja dan Permaisuri Daxam, ini secara tidak langsung akan membuatkan kedua-duanya berikhtiar untuk mencari anak mereka yang sesat dan kehilangan itu.

Last modified: February 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *