Filem Aksi Hidup MULAN Temui Pengarah dan Penerbit untuk Tayangan Tahun 2018!

239

Written by:

Dengan tayangan filem aksi hidup Beauty and the Beast yang pastinya akan meraih kutipan box office pada tahun ini, bukan lagi satu kejutan apabila pihak Disney tetap meneruskan usaha adaptasi filem-filem animasi klasik ke versi aksi hidup.

Dan dalam senarai mereka yang seterusnya adalah Mulan.

Untuk perkembangan terbaharu bagi laporan di atas, Niki Caro (The Zookeeper’s Wife, McFarland USA) telah disahkan memegang peranan sebagai pengarah untuk filem animasi terbitan tahun 1998 itu.

Menurut The Hollywood Reporter, Disney telah berusaha sebelum ini untuk mencari seorang pengarah yang berasal dari tanah Asia seperti Ang Lee (Life of Pi, Crouching Tiger Hidden Dragon) dan Jiang Wen (New York I Love You, Gone with the Bullets) tetapi mereka telah menolak di atas komitmen projek lain. Malah pihak studio juga pernah mempertimbangkan pengarah Wonder Woman, Patty Jenkins dan Michelle MacLaren yang pernah dengan produksi Breaking Bad, The Walking Dead dan Game of Thrones.

Pemilihan Niki Caro untuk menerajui filem ini sebagai sutradara dijangka akan menambahkan lagi peluang beliau untuk mengarah filem Marvel Studios, Captain Marvel bagi penghujung Fasa 3 Semesta Sinematik Marvel (MCU) yang mana beliau juga turut berada dalam senarai akhir.

Selain itu, penerbit asal Hong Kong iaitu Bill Kong juga telah dilantik sebagai penerbit untuk filem aksi-hidup Mulan. Belia cukup terkenal sebagai penerbit untuk filem-filem blockbuster seperti House of Flying Daggers, Hero dan Crouching Tiger, Hidden Dragon. Satu lagi laporan ada menyebut, pihak Disney telah berusaha keras serta mengerah keringat untuk memastikan bahawa penghasilan filem ini nanti akan menepati budaya dan ciri-ciri tulen sejarah menerusi kerjasama dengan penasihat kebudayaan kerajaan China dan pasukan khas Disney China.

Mulan bakal ditayangkan di pawagan seluruh dunia pada 2 November, 2018.

Last modified: February 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *