Keanu Reeves Beri Bayangan Kembali untuk Filem BILL & TED 3!

157

Written by:

Semasa penampilan dalam satu episod wawancara The Graham Norton Show baru-baru ini, Keanu Reeves telah mendedahkan ‘bayangan plot’ yang memungkinkan beliau beraksi kembali dalam filem Bill & Ted 3.

Menurut Keanu Reeves yang kini sibuk dalam siri jelajah untuk mempromosi John Wick: Chapter 2, filem tersebut akan terus fokus kepada kedua-dua watak utama tersebut pada umur mereka sekarang:

“There’s a cool story. Basically, they’re supposed to write a song to save the world and they haven’t done that yet. So the pressure of having to save the world.. their marriages are falling apart, their kids are kind of mad at them. But then someone comes from the future and tells them if they don’t write the song it’s just not the world, it’s the universe. So they have to save the universe because time is breaking apart.”

Ini bukan kali pertama Keanu Reeves membincangkan filem itu secara terbuka. Pada tahun 2012, beliau pernah mendedahkan plot cerita yang seakan-akan sama dan serupa untuk penghasilan trilogi tersebut semasa temubual dengan majalah GQ. Malah, Alex Winter yang memegang watak teraju utama, Bill Preston di samping Keanu Reeves pernah menjelaskan pada tahun 2014 bahawa filem ketiga ini merupakan sebuah proses yang berterusan dan memakan masa agak panjang dalam satu temubual bersama Yahoo:

“That was kind of a bummer. It just takes a long time to put a movie together. Now we’re having to build this thing in public, which is fine. I just feel bad [the fans] have to get dragged through this long, boring, protracted process.”

Tonton wawancara Keanu Reeves tentang perkembangan filem tersebut dalam The Graham Norton Show di bawah ini:

Filem Bill & Ted’s Excellent Adventure pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan sekuelnya, Bill & Ted’s Bogus Journey pula pada tahun 1991.

Last modified: February 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *