Michael Douglas Sahkan ANT-MAN AND THE WASP Mula Penggambaran Julai Ini!

139

Written by:

Michael Douglas telah mengesahkan bahawa dia telah bersiap-sedia untuk kembali memegang peranan sebagai Hank Pym dalam filem sekuel Ant-Man and The Wasp.

Mungkin ramai telah pun sedia maklum akan perkembangan ini tetapi macam-macam boleh terjadi kerana pada peringkat asalnya, pemenang Anugerah Academy untuk filem One Flew Over the Cuckoo’s Nest (1975) dan Wall Street (1987) itu hanya menandatangi kontrak untuk satu filem sahaja.

Sebagai mentor kepada watak Scott Lang/Ant-Man, Hank Pym merupakan salah seorang daripada tunjang penting kepada filem pertamanya.  Maka dengan kemunculan beliau kembali dalam kesinambungannya kelak, akan terus menggerakan watak-watak utama lain seperti Paul Rudd serta Evangeline Lilly yang kini mempunyai peranan lebih besar sebagai Hope Van Dyne/The Wasp.

Malah, Michael Douglas turut mendedahkan penggambaran filem itu akan bermula pada bulan Julai ini menerusi akaun rasmi Facebook milik beliau:

Ant-Man and The Wasp akan berada di pawagam seluruh dunia pada 6 Julai, 2018.

Last modified: February 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *