Marvel Mula Produksi untuk AVENGERS: INFINITY WAR dengan Pengumuman Video Khas!

279

Written by:

Laporan yang kita perolehi hari ini datangnya dari sumber yang tidak dijangka sama sekali.

Awal hari ini, Marvel Studio telah melancarkan sebuah video rasmi khas dan eksklusif di belakang tabir yang mengumumkan permulaan produksi penggambaran untuk filem terbesar mereka setakat ini, Avengers: Infinity War.

Video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan kepada kita tiga wajah yang amat dikenali ramai: Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Pratt (Guardians of the Galaxy, Vol. 2) dan Tom Holland (Spider-Man: Homecoming). Mereka saling berkongsi pandangan dan meluahkan rasa teruja akan projek filem Avengers tersebut yang mana akhirnya mereka dapat bertemu dalam satu plot cerita yang sama menjelang penutup Fasa Ketiga Semesta Sinematik Marvel.

Kita juga dapat melihat beberapa paparan imej di set dan lokasi penggambaran termasuk pengesahan pelakon-pelakon lain seperti Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), Elizabeth Olsen, Sebastian StanAnthony Mackie dan Benedict Cumberbatch (Doctor Strange) yang masing-masing akan beraksi bersama ramai lagi bintang-bintang lain.

Kejutan terbesar hadir di penghujung video ini apabila kita didedahkan dengan pandang pertama konsep-konsep ilustrasi dan lakaran seni untuk filem Avenger: Infinity War yang menampilkan Rocket Raccoon di bawa oleh lakon suara Bradley Cooper yang digandingkan dengan Thor!

Sumber-sumber yang kami perolehi masih samar lagi tentang plot dan jalan cerita sebenar filem di atas. Tetapi ada yang mengatakan kesemua anggota dan ahli Avengers kemungkinan besar tidak menyedari serta belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kedatangan Thanos. Dan ada yang bakal terkorban dalam pertempuran epik berskala intergalaktik itu.

Tonton video pengumuman khas untuk filem Avenger: Infinity War di bawah ini:

 

Menurut kenyataan Presiden Kevin Feige dalam video ini:

“We’ve always had a plan since Nick Fury broke into Tony Stark’s house back in Iron Man 1 (2008) and told him he’s part of a bigger universe. ‘Avengers: Infinity War Part 1’ is the beginning of the culmination of everything that has come before.”


Avengers: Infinity War akan menampilkan:
Pengarah: Anthony dan Joe Russo
Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark/Iron Man
Chris Evans sebagai Steve Rogers/Captain America
Chris Hemsworth sebagai Thor Odinson
Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner/Hulk
Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff/Black Widow
Jeremy Renner sebagai Clint Barton/Hawkeye
Chadwick Boseman sebagai T’Challa/Black Panther
Paul Rudd sebagai Scott Lang/Ant-Man
Paul Bettany sebagai Vision
Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch
Don Cheadle sebagai James Rhodes/War Machine
Evangeline Lilly sebagai Hope van Dyne/Wasp
Anthony Mackie sebagai Sam Wilson/Falcon
Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes/Winter Soldier
Chris Pratt sebagai Peter Quill/Star-Lord
Zoe Saldana sebagai Gamora
Dave Bautista sebagai Drax the Destroyer
Vin Diesel sebagai Groot
Bradley Cooper sebagai Rocket Raccoon (lakonan suara)
Sean Gunn sebagai Rocket Raccoon (lakonan mo-cap)
Pom Klementieff sebagai Mantis
Benedict Cumberbatch sebagai Stephen Strange/Doctor Strange
Brie Larson sebagai Carol Danvers/Captain Marvel
Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man
Tom Hiddleston sebagai Loki Laufeyson
Josh Brolin sebagai Thanos
 

Avengers: Infinity War akan berada di pawagam pada 4 Mei, 2018 manakala Avengers 4 (belum berjudul rasmi) pula pada 3 Mei, 2019.

Last modified: February 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *