Pelakon Malaysia, Raja Ilya Bakal Bintangi Filem terbitan Marvel Studios?

518

Written by:

Pelakon tanahair, Raja Ilya telah mendedahkan bahawa beliau bakal bersama dalam satu produksi penggambaran filem dalam francais Semesta Sinematik Marvel  menjelang hujung bulan ini.

Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berkenaan judul atau projek filem tersebut. Menurut kenyataan beliau menerusi sebuah sumber yang dipetik dari Cinema Online:

“Memang muktamad yang saya akan mula terbabit dengan penggambaran pada hujung bulan ini untuk filem Marvel tersebut. Tetapi disebabkan judul yang masih belum mendapat kelulusan dan pengesahan rasmi dari pihak studio, saya tidak boleh ulas lanjut akan projek ini.. “

Beliau mendedahkan perkara ini dan ditemui semasa prebiu media untuk filem Soulmate Hingga Jannah di mmCineplex, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga mendedahkan bahawa beliau akan menjalani latihan intensif selama 8 bulan di Indonesia bersama bintang seni mempertahankan diri terkenal, Yayan Ruhian yang juga pernah beraksi dalam filem Hollywood Star Wars: The Force Awakens sebelum mula masuk ke set penggambaran.

Kami di WWW.JEDA.MY akan memantau perkembangan beliau dari masa ke semasa untuk mendapatkan butiran yang lebih terperinci dan terkini.

Last modified: February 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *