Pandang Pertama Poster Konsep Filem Kaiju Jepun untuk KONG: SKULL ISLAND!

206

Written by:

Baru-baru ini, sebuah poster eksklusif IMAX 3D telah didedahkan untuk filem Kong: Skull Island.

Poster yang diinspirasikan dari filem Perang Vietnam arahan Francis Ford Coppola, Apocalypse Now (1979) itu sebenarnya adalah salah satu aturan strategi promosi sebelum sebuah lagi poster baharu dikongsikan lagi hari ini.

Pengarah Jordan Vogt-Roberts dalam entri terkini Twitter rasmi miliknya awal pagi tadi telah memperlihatkan satu poster persis filem “Kaiju Jepun” untuk Kong: Skull Island. Ia memberikan kita fokus kepada beberapa makhluk gori dan raksasa besar yang bakal dihadapi oleh King Kong dalam filem tersebut yang bakal berada di pawagam bulan hadapan.

Paparan ini sedikit sebanyak mengimbau kembali kepada poster Godzilla klasik era dahulu serta akan terus melahirkan rasa teruja peminat-peminat sebelum pertemuan di antara keduanya yang dirancang pada tahun 2020 (Nota: Mereka pernah kali pertama bertembung dalam filem Jepun terbitan Toho pada tahun 1962 berjudul King Kong vs Godzilla).

Lihat poster filem Kong: Skull Island versi filem klasik “Kaiju Jepun” tersebut di bawah ini:

Dibintangi oleh Brie Larson, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, John Goodman, Jing Tian, Corey Hawkins, Jason Mitchell, John Ortiz, Shea Whigham dan Toby Kebbell, Kong: Skull Island akan berada di pawagam seluruh dunia pada 10 Mac, 2017.

Last modified: February 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *