Tonton Slot Promo Baharu untuk Filem GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2!

224

Written by:

Masih belum kelihatan kelibat Kurt Russell sebagai Ego si Planet Hidup di sini.

Namun slot promo Super Bowl untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 ternyata masih mantap dan menghiburkan!

Padat dengan banyak babak-babak baharu, pendedahan iklan ini sekali lagi memberi fokus kepada pasukan intergalaktik ini termasuk dengan kemasukan anggota baharu seperti Yondu, Nebula dan Mantis. Ini termasuk dengan pandang pertama antagonis dan penjahat utama bernama Ayesha lakonan Elizabeth Debicki.

Dijangkakan memang tidak akan ada lagi pendedahan treler atau promo filem adaptasi komik/adiwiara terbaharu hadir selepas perlawanan Super Bowl ini melainkan jika ada kejutan saat-saat akhir. Guardians of the Galaxy Vol. 2 sehingga kini kelihatan sangat menakjubkan sepertimana filem pertamanya dan dengan kehadiran promo ini, ia hanya sedikit sahaja daripada apa yang bakal kita saksikan nanti di layar pawagam kelak.

Tonton slot promo iklan eksklusif Super Bowl untuk filem tersebut di bawah ini:

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Bradley Cooper, Vin Diesel, Karen Gillan, Michael Rooker, Pom Klementieff, Elizabeth Debicki, Kurt Russell dan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2017.

Last modified: February 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *