MISSION: IMPOSSIBLE 6 Bakal Jalani Penggambaran Babak Penting di Paris!

164

Written by:

FilemSemasaTV

Sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Paramount Pictures sedang memerhatikan Paris sebagai potensi lokasi penggambaran untuk misi mustahil pasukan Ethan Hunt yang seterusnya.

Masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak studio tentang laporan ini tetapi sumber di atas ada menyebut yang pihak penerbit sedang dalam rundingan serius dengan penguatkuasa tempatan ibu kota Perancis itu bagi menjalankan penggambaran francais filem Mission: Impossible yang keenam setelah Mission Impossible: Rogue Nation (2015).

Laporan itu turut menambah yang produksi untuk filem tersebut dijangka akan bermula pada pertengahan tahun ini dan terus akan berkampung di Paris untuk beberapa minggu. Teraju utama, Tom Cruise sudah disahkan akan kembali beraksi sebagai agen IMF Ethan Hunt manakala pengarah filem dan penulis skrip, Christopher McQuarrie turut mengikuti jejak langkah beliau. Belum ada berita untuk barisan pelakon yang lain walaupun Rebecca Ferguson dikatakan akan muncul semula seperti sebelum ini.

Mission: Impossible 6 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 27 Julai, 2018.

Last modified: February 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *