Pandang Pertama STRANGER THINGS Musim Kedua Menampilkan… Ghostbusters?

230

Written by:

FilemSemasaTV

Pada setiap tahun menjelang ketibaan kempen Perlawanan Akhir Super Bowl, kita pasti disajikan dengan beberapa kejutan yang istimewa dari dunia televisyen, filem dan komik.

Sumber yang diambil dari Entertainment Weekly hari ini mendedahkan bahawa Netflix akan menayangkan video teaser untuk musim terbaharu siri televisyen popular Stranger Things. Adalah sesuatu yang menarik apabila pihak studio mahu mempromosi siri ini terlebih dahulu berbanding Iron Fist atau House of Cards. Tetapi berdasarkan prestasi cerita tersebut yang telah pun mencapai tahap luarbiasa dan mewujudkan fenomena pengikut yang luabiasa, ia bukanlah sesuatu yang janggal bagi tujuan menarik lebih ramai lagi peminat dan penonton mengikutinya.

Dan sebelum kita dapat menyaksikan teaser tersebut, sebuah imej menarik dari sumber di atas yang menampilkan Dustin (Gaten Matarazzo), Lucas (Caleb McLaughlin) dan Will (Noah Schnapp) dengan kostum seragam Ghostbusters telah diperlihatkan. Musim Pertama ini akan berlatarbelakangkan tahun 1984, setahun selepas berkakhirnya Musim Pertama.

Lihat imej eksklusif yang menampilkan tiga teraju utama Stranger Things tersebut di bawah ini:

 

Biarpun ancaman Demogorgon telah pergi, penerbit eksekutif  Shawn Levy ada menyatakan bahawa tetap ada kuasa ‘kejahatan’ yang tertinggal rentetan daripada itu.

Menarik, bukan?

Last modified: February 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *