Stan Lee Tampil dalam Iklan Terbaharu Honda CR-V Sempena Super Bowl 2017!

253

Written by:

KomikSemasaTV

Sepak mula perlawanan akhir Super Bowl kali ke-51 akan diadakan pada hujung minggu ini.

Dan ini juga menandankan peperangan slot iklan jenama-jenama besar dari seluruh dunia yang dikatakan antara termahal dalam sejarah. Setakat ini, hanya ada beberapa yang telah dipertonton terlebih awal. Dan pada hari ini, Honda pula telah mendedahkan paparan iklan mereka.

Iklan yang mempromosikan kereta Honda CR-V baharu itu mengingatkan kita semua betapa pentingnya untuk cabar kemampuan serta kekal merendah diri setiap masa dan tidak sesekali berputus asa untuk berimpian tinggi dalam hidup.

Untuk itu, Honda telah membayar barisan-bintang selebriti yang cukup ternama dengan menggunakan latar suara Tina Fey, Robert Redford, Steve Carell dan ramai lagi. Dan mereka juga telah mengupah kemunculan individu yang tidak asing lagi dalam dunia komik dan semesta Marvel iaitu Stan Lee!

Tonton iklan Honda CR-V baharu untuk slot Super Bowl 2017 itu di bawah ini:

Dengan ilham yang di ambil dari sekolah magis Hogwarts, iklan pintar di atas menggunakan kemantapan teknologi animasi dan fotografi klasik untuk menyampaikan mesej yang positif. Malah, pelakon Amy Adams dan penyampai Jimmy Kimmel sempat menyampaikan mesej lucu berpandukan foto-foto lama zaman sekolah mereka.

Manakala buku tahunan sekolah Stan Lee penuh dengan contengan dan lakaran komik dengan kaedah onomatopoeia. Sebagai salah seorang arkitek utama dalam pembinaan semesta komik Marvel, beliau menasihatkan kita supaya kekal berimpian dan mula membina dunia-dunia baharu dari imaginasi.

Anggaran slot-slot iklan untu Super Bowl setiap tahun adalah dianggarkan sebanyak USD$5 juta untuk setiap 30 saat (dan ini tidak melibatkan kos produksi iklan). Tahun lalu, Super Bowl mencecah sejumlah 114 juta penonton di Amerika Syarikat dan merupakan satu lagi rekod seumpamanya.

Last modified: February 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *