Yahya Abdul-Mateen II dan Nicole Kidman Bakal Beraksi dalam Filem AQUAMAN!

228

Written by:

Nampaknya watak antagonis Ocean Master lakonan Patrick Wilson (The Watchmen, The Conjuring) akan menerima bantuan lebih mantap dalam misi menggulingkan Raja Atlantis menerusi filem Aquaman.

Dalam satu laporan yang dipetik dari THR, Yahya Abdul-Mateen II sudah pun menandatangani perjanjian untuk memegang watak Black Manta.Pengarah James Wan telah lama mencari calon yang sesuai bagi menghidupkan watak tersebut dan hanya mahukan Abdul-Mateen. Selain beliau, Trevante Rhodes turut tersenarai sebagai calon pilihan awal.

Lebih menarik lagi, sumber yang sama juga ada melaporkan bahawa Nicole Kidman (Genius, The Golden Compass) turut sedang dipujuk untuk beraksi dalam filem Aquaman. Pelakon jelita pemenang Anugerah Academy itu kini masih dalam fasa awal rundingan tetapi sekiranya beliau setuju, beliau dikhabarkan akan melakonkan watak sebagai ibunda kepada Aquaman.

Biarpun nama tidak diberikan untuk watak tersebut, jaminan tetap ada yang watak itu adalah Permaisuri Atlanna dan bukan ibu angkatnya Porm (yang di dalam komik adalah seekor ikan lumba-lumba).

Ini merupakan usaha kedua untuk memujuk Nicole Kidman masuk ke dalam Semesta Filem DC Comics setelah percubaan pertama buatnya membintangi watak Permaisuri Hippolyta dalam filem Wonder Woman (beliau terpaksa menarik diri kerana konflik jadual penggambaran filem lain). Dan jika ianya menjadi kenyataan, ia turut menandakan kemunculan kedua beliau dalam filem bercorak adiwira/superhero selepas memegang watak Dr. Chase Meridian dalam Batman Forever (1995).

Filem Aquaman bakal diterajui oleh Jason Momoa sebagai Arthur Curry/Aquaman, Amber Heard sebagai Mera, Willem Dafoe sebagai Dr. Vulko dan Patrick Wilson sebagai Orm/Ocean Master.

Aquaman akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Oktober, 2018.

Last modified: February 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *