Pandang Pertama Video Produksi Rasmi STAR TREK: DISCOVERY!

197

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Penggambaran prinsipal untuk Star Trek: Discovery telah pun bermula pada minggu lalu.

Oleh itu, CBS All Access mendedahkan pandang pertama video di belakang tabir pembikinan siri televisyen fiksyen sains terbaharu ciptaan Gene Roddenberry itu. Walau tiada satu pun pelakon-pelakon utama muncul dalam video tersebut, kita tetap dipertontonkan dengan beberapa paparan rekaan konsep untuk kapal angkasa, solekan makhluk asing, lokasi dan set penggambaran beserta rupa seragam baharu yang akan dikenakan.

Dan sudah tentu yang paling mengujakan sekali ialah satu imej di penghujung babak video ini yang memperliharkan kerusi utama kapten yang telah direkasemula khas untuk Star Trek: Discovery.

Tonton video tersebut berserta kenyataa media rasmi di bawah ini:

“Star Trek, one of the most iconic and influential global television franchises, returns to television 50 years after it first premiered with STAR TREK: DISCOVERY. The series will feature a new ship, new characters and new missions, while embracing the same ideology and hope for the future that inspired a generation of dreamers and doers. The series will premiere on the CBS Television Network with all subsequent episodes available on CBS All Access, the Network’s digital subscription video on demand and live streaming service, and will be distributed concurrently by CBS Studios International on Netflix in 188 countries and in Canada on Bell Media’s Space channel and OTT service CraveTV.

STAR TREK: DISCOVERY is produced by CBS Television Studios in association with Alex Kurtzman’s Secret Hideout, Bryan Fuller’s Living Dead Guy Productions and Roddenberry Entertainment. Alex Kurtzman, Bryan Fuller, Heather Kadin, Gretchen J. Berg & Aaron Harberts, Akiva Goldsman, Rod Roddenberry and Trevor Roth serve as executive producers.”

Star Trek: Discovery akan dibintangi oleh Sonequa Martin-Green sebagai Komander Leftenan Rainsford selaku teraju utama dengan James Frain sebagai Sarek, Doug Jones sebagai Leftenan Saru, Anthony Rapp sebagai Leftenan Stamets, Michelle Yeoh sebagai Kapten Starfleet Georgiou dan Shazad Latif sebagau Pegawai Klingon bernama Kol.

Last modified: February 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *