Penggambaran Filem Reboot FRIDAY THE 13TH akan bermula Mac ini!

293

Written by:

Sudah lebih lapan tahun sejak Jason Vorhees kali terakhir mengganas di layar pawagam.

Dan sejak dari itu, ada banyak cakap-cakap dan idea untuk membawa francais Friday the 13th itu ke skrin televisyen pula. Namun belum ada apa-apa perkembangan positif kelihatan susulan daripada laporan tersebut.

Dengan sebuah lakon layar filem hasil tulisan Aaron Guzikowski, Friday the 13th kini dalam fasa aktif pra-produksi dengan penggambaran prinsipan dijangkakan bermula pada bulan Mac. Laporan ini diterima dari sebuah sumber laman web peminat dan disahkan oleh seorang fotografer rasmi awal minggu ini:

Pengarah Marcus Nispel (Conan the Barbarian, Pathfinder) telah mencuba untuk menghidupkan kembali francais ini pada tahun 2009 dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Jared Padalecki (Supernatural, Gilmore Girls) dan Danielle Panabaker (The Flash, Sky High). Filem itu walapun telah dikritik hebat masih dapat mengaut kutipan sebanyak USD$91 juta di seluruh dunia.

Selepas hampir sedekad, Jason Vorhees nampaknya akan disahkan muncul semua di pawagam. Reboot ini akan meceritakan asal-usul watak utama itu dan mengembalikan semula ibu kepada Jason iaitu Pamela (yang mana telah didedahkan sebagai pembunuh utama dalam filemnya yang pertama). Buat masa ini, masih belum ada perkhabaran tentang siapakah pelakon yang dipilih untuk memegang watak-watak tersebut.

David Bruckner telah terpilih lebih awal untuk mengarahkan reboot filem ini.

Last modified: February 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *