BELASUNGKAWA | Bintang Legenda ALIEN dan HARRY POTTER, John Hurt Meninggal Dunia pada Usia 77

243

Written by:

BukuFilemKomikSemasaTV

Majoriti sumber yang kami perolehi hari ini telah mengesahkan bahawa pelakon veteran dan ternama asal Britain, John Hurt telah pergi meninggalkan kita pada usia 77 tahun.

Kerjaya bintang ternama ini melangkaui lebih lima dekad dan bermula pada tahun 1962 apabila membintangi sebuah drama romantik terbitan produksi British bernama The Wild and the Willing. Beliau kemudian mengembangkan sayapnya dalam lebih 130 filem yang telah berjaya meraih dua pencalonan Anugerah Academy, satu trofi Golden Globe, empat Anugerah BAFTA (British Academy of Film and Television Arts) dan banyak lagi.

Beliau akan dikenang ramai peminat dan penonton di atas persembahan cemerlangnya dalam beberapa buah filem klasik seperti The Elephant Man and Midnight Express. Malah,  beliau juga bukan asing lagi dalam dunia cereka fiksyen sains dan fantasi kerana memberikan kita lakonan yang berkesan untuk watak Gilbert Kane menerusi filem Alien (1979) yang menampilkan sebuah babak ikonik paling diingati dalam sejarah Hollywood. Beliau seterusnya kekal menginspirasikan dan menghembuskan semangat untuk pelakon-pelakon generasi baharu sebagai Garrick Ollivander dalam Harry Potter and the Sorcerer’s Stone (2001), Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

Kredit lakonan beliau dipanjangkan lagi untuk naskah filem Hellboy dan sekuelnya Hellboy II: The Golden Army, V for Vendetta, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, Immortals, Hercules, Merlin, Doctor Who, Tinker Tailor Soldier SpyJackie dan Snowpiercer. Dan biarpun sudah tiada, bakat beliau tetap akan diabadikan dalam filem That Good Night, Damascus CoverMy Name Is Lenny dan Darkest Hour, semuanya bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

Joh Hurt meninggalkan dua orang waris bernama Alexander dan Nicholas serta isterinya, Anwen Rees-Myers.

JEDA.MY menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian beliau.

Last modified: January 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *