Projek-projek Lain yang Pernah Menggunakan Judul THE LAST JEDI!

295

Written by:

AnimasiBukuFilemKomikSemasaTV

Apabila judul rasmi untuk Star Wars Episode VIII: The Last Jedi didedahkan tengah malam semalam, ada di antara kita mungkin pernah mendengar akan pilihan nama di atas sebelum ini.

Nama yang diberikan tampak ringkas, mudah namun tetap memberikan impak yang berkesan serta muktamad kepada para peminat tegar francais epik Lucasfilm ciptaan George Lucas sejak sekian lama. Namun kita tidak dapat lari dari persoalan-persoalan susulan dan debat yang timbul selepas pengumuman rasmi tersebut.

Tetapi seandainya ada yang seperti pernah mendengar judul kepada sekuel Star Wars Episode VII: The Force Awakens itu, ternyata ia bukan suatu kesilapan.

Malah anda adalah seorang peminat setia Star Wars tahap tegar. Dengan segala kesinambungan (continuity) semesta jalan cerita terdahulu yang secara dasar berpandukan ratusan buku, ribuan komik dan banyak lagi projek-projek lain, pasti nama The Last Jedi pernah muncul.

Berikut adalah tiga projek terdahulu yang pernah menggunakan nama The Last Jedi sebelum ini:

 

1. Filem Independen ‘Star Wars: The Last Jedi’

Dalam filem independen hasil produksi peminat (fan film) arahan Joel Loukus ini, semuanya bermula dengan seorang kanak-kanak lelaki dan ibu bapa Jedi. Kanak-kanak ini ditakdirkan menjadi Jedi terakhir setelah kedua orang tuanya terkorban di tangan musuh yang misteri. Filem ini dihasilkan sebanyak tiga episod serta menceritakan tentang penghapusan pengamal kuasa The Force.

Episod kedua menyaksikan kanak-kanak ini membesar dengan latihan demi menyeimbangkan kembali aturan. Manakala episod ketiga dan terakhir menyaksikan beliau menuntut bela ke atas kematian orang tuanya dan menentang musuh untuk kali penghabisan.

Naskah filem ini dihasilkan pada tahun 2014 dan tersedia untuk ditonton secara pecuma di YouTube.

 

2. Siri Novel Legends ‘Star Wars: The Last Jedi’

Siri novel Legends ini (yang diketahui umum sebagai tidak mengikuti kesinambungan saga Star Wars) adalah hasil tulisan Michael Reaves dan Maya Kaathryn Bohnhoff. Diterbitkan pada tahun 2013, ia mengisahkan seorang Jedi bernama Jax Pavan yang hidup dalam pelarian sejak berkuatkuasanya akta Order 66 oleh Maharaja Palpatine yang telah mengorbankan hampir kesemua populasi Jedi di seluruh galaksi.

Walaupun begitu, Jax Pavan terus menentang cengkaman Empayar dan kuasa sisi hitam (dark side) dengan segala kudrat yang ada bapa dirinya. Belum pasti sama ada isi cerita novel ini akan mempengaruhi filem arahan Rian Johnson itu kelak atau sebaliknya.

 

3. Star Wars (Isu #49, 1981),  “The Last Jedi!”

Akhir sekali, kita ada komik Star Wars isu #49 yang pernah dicetak dan diterbitkan oleh Marvel pada tahun 1981.

Dengan naskah muka kulit hadapan yang terpampang teks “The Last Jedi!”, ia telah ditulis oleh Mike W. Barr dan dilukis oleh Walt Simonson. Filem ini menyaksikan Luke and Leia dalam usaha untuk menyelamatkan seorang putera raja dan mengembalikannya ke tanah asal dengan bantuan seorang watak bernama Jedidiah (serius!).

Harus diingat bahawa komik ini dihasilkan pada era yang berbeza. Banyak yang terkandung dalam komik ini tidak langsung relevan dengan apa yang berlaku sekarang. Namun tetap wajar diberikan perhatian kerana nama The Last Jedi yang pernah digunakan terlebih awal.

Adakah kami terlepas mana-mana buku, komik, permainan video atau francais yang pernah menggunakan nama The Last Jedi?

Jika ya, sila kemukakan dan nyatakan pada ruangan komen di bawah seperti biasa.

 

Last modified: January 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *