Pengarah Rian Johnson Dedah Visual Pembukaan STAR WARS EPISODE VIII: THE LAST JEDI!

163

Written by:

AnimasiFilemGamingKomikSemasaTV

Baru-baru ini, kita telah pun didedahkan dengan judul rasmi untuk sambungan saga Star Wars yang seterusnya.

Dan nama rasmi yang dipilih adalah Star Wars Episode VIII: The Last Jedi.

Rentetan daripada pengumuman rasmi itu, pengarah Rian Johnson kini turut memperlihatkan satu foto eksklusif yang dikongsi menerusi akaun Instagram rasmi miliknya dengan kapsyen:

 “Felt so good to drop this into the cut this morning.”

Walaupun foto ini tidak memberikan kita sebarang pembayang atau maklumat lanjut tentang filem kepada sekuel Star Wars Epsiode VII: The Force Awakens (2015) selain dengan hanya paparan judul sahaja tetapi ia masih menjadi suatu keterujaan buat peminat setia seluruh dunia.

Malah, ini juga merupakan indikasi bahawa akan ada beberapa pendedahan baharu lain untuk masa yang mendatang.

Lihat entri terbaharu Instagram milik pengarah Rian Johnson itu di bawah ini:

Felt so good to drop this into the cut this morning.

A photo posted by Rian Johnson (@riancjohnson) on

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi dibintangi oleh Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie dan Andy Serkis termasuk kemasukan baharu Benicio Del Toro, Laura Dern dan Kelly Marie Tran.

Ia bakal ditayangkan di pawagam serata dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: January 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *