Woody Harrelson Sahkan Watak Beliau dalam Filem HAN SOLO!

184

Written by:

BukuFilemSemasa

Ini berita panas yang baru kami terima.

Apabila pengumuman dibuat yang Woody Harrelson (War for the Planet of the Apes, True Detective, Now You See Me) bakal membintangi filem antologi Star Wars yang seterusnya berjudul Han Solo arahan Phil Lord and Chris Miller, ada yang meramalkan beliau akan memegang peranan sebagai mentor kepada Han Solo. Malah ada juga yang meramalkan beliau akan melakonkan watak penjenayah angkasa atau antagonis filem itu.

Kedua-dua sumber maklumat ini menghadirkan banyak spekulasi bahawa beliau akan diberi tanggungjawab sebagai Garris Shrike.

Dalam satu wawancara bersama Variety, Woody Harrelson telah ditanyakan secara langsung sama ada beliau akan melakonkan watak Garris Shrike. Dan setelah beberapa ketika menangguhkan jawapannya, ini yang dapat kita sahkan daripada beliau sendiri:

Garris Shrike dicipta dan pertama kami muncul dalam novel The Paradise Snare (1997). Biarpun watak tersebut hadir sebagai mentor kepada Han Solo yang berstatus anak yatim itu dengan mengajar beliau cara memandu kapal angkasa dan selok-belok menjadi penyeludup, Garris Shrike adalah seorang yang panas baran dan suka mendera Han Solo sehingga menyebabkan mereka berpatah arang berkerat rotan serta terpaksa berpisah.

Kami sendiri tidak pasti seberapa banyak sumber dari novel ini akan digunakan untuk filem tersebut nanti. Namun yakin bahawa ada beberapa elemen atau aspek dari cerita itu akan digunakan demi membentuk dinamik hubungan antara Garris Shrike dan Han Solo.

Han Solo  akan berada di pawagam seluruh dunia pada 25 Mei, 2018.

Last modified: January 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *