5 Trivia Menarik dalam Treler Rasmi Terakhir Filem LOGAN!

988

Written by:

Treler rasmi terakhir untuk filem Logan yang telah dipertontonkan baru-baru ini telah mendedahkan banyak perkara-perkara menarik untuk diperbincangkan bersama.

Pengarah James Mangold sendiri telah menerangkan trivia yang mungkin akan menarik perhatian peminat, pembaca dan penonton francais X-Men tersebut. Malah rangkuman prebiu 40 minit pertama filem itu juga turut diperbincangkan secara terbuka kepada pihak media dan kami telah melakukan analisa secara terperinci demi memberikan butirannya secara eksklusif.

Berikut adalah 5 trivia menarik yang hadir dalam treler rasmi terakhir filem Logan :

5. Wolverine adalah seorang pengumpul komik X-Men?

Dalam satu wawancara eksklusif bersama portal Digital Spy, James Mangold mengesahkan bahawa mereka tidak diberi kebenaran untuk menggunakan mana-mana naskah komik X-Men yang sebenar di atas sebab hakcipta. Pihak studio 20th Century Fox mungkin memiliki hakcipta untuk penerbitan francais filem tersebut tetapi secara kontrak tidak dapat menggunakan sebarang komik-komik yang dihasilkan Marvel.

Maka dengan secara strategik, CCO Marvel Joe Quesada dan pelukis Dan Panosian telah ditawarkan untuk menghasilkan sebuah komik khas hanya untuk muncul dalam filem Logan ini (yang secara kasar dilihat telah memaparkan Wolverine dengan seragam klasiknya).

Petikan itu menyebut:

“It’s not a real comic. For copyright reasons, we had to make new ones. We used original period X-Men artists to do it, for instance Joe Quesada did those covers. This was an idea that I had with Scott Frank, my writing partner, that Logan and Charles and any other remaining mutants in the future would be living under the weight of their own legacy and celebrity – much like sports stars and heroes and astronauts and movie stars live under. And that it would be really interesting to examine what it’s like to be a superhero in twilight, living under the weight of the exaggerations and truths of what’s been told and said about you. So all of those things lived in our universe – comic books, action figures, all of it. It’s all vintage in the future point of our movie, but it’s a kind of legacy that is both something, for some of the characters they’re proud, and for other characters it’s a kind of noose around their neck.”

Sekarang ini, timbul pula spekulasi daripada ramai peminat yang berkemungkinan kita akan dapat melihat Wolverine dalam satu babak imbasan lampau (flashback) dengan seragam klasik berwarna kuning dan biru itu.

 

4. Donald Pierce ada simpan rahsia besar!

Dalam treler ini terbaharu ini, kita akhirnya dapat mendengar suara dan dialog dari watak Donald Pierce buat pertama kali. Namun yang peliknya, anggota kumpulan Reaver (bukan Raver) itu mempunyai loghat/dialek Inggeris British apabila bersemuka dengan Wolverine di kediamannya sepertimana yang dilaporkan oleh sumber dari JoBlo.com. Dan ini pembuka lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Sebelum ini, apa yang diketahu ramai hanyalah beliau memang menjejaki Wolverine dan bertanyakan maklumat tentang keberadaan X-23. Ini kerana dalam prebiu 40 minit pertama yang hanya dapat ditonton oleh sekumpulan media, beliau telah didatangi oleh seorang wanita bernama Gabriella untuk meminta bantuannya menjaga X-23. Dan seterusnya menaiki kereta Wolverine bersama Caliban dan Professor X menuju Mexico sehinggalah kemunculan Reavers yang datang untuk membuat huru-hara.

Dalam satu lagi wawancara berasingan, pengarah filem ini ada menyebut watak Dr. Zander Rice sedang berusaha untuk mencipta versi mutan mereka sendiri:

“He’s the puppet master behind Pierce and the Reavers and has a much larger role in the sense that he’s actually the kind of brilliant mind that is trying to grow mutants.”

3. Peranan baharu Professor X dalam dunia X-Men!

Wujud sumber-sumber yang menyebut dalam filem ini, watak Professor Charles Xavier atau lebih dikenali dengan nama Professor X telah mula hilang kewarasan sedikit demi sedikit.
James Mangold menjelaskan bahawa ini merupakan salah satu pendekatan untuk menghadirkan kelainan untuk watak utama dan mentor X-Men tersebut serta jelas berbeza daripada apa yang pernah kita lihat dan kenal sebelum ini:

“Our Charles is a very sweet character in this film. I think he’s always been an incredibly sweet character. With the addition of his own physical fragility in this movie, he becomes an incredibly powerful paternal figure in the movie. Logan is more of a reluctant one, I think you can easily guess. But I think there’s a lot of heart all around. That’s the other thing audiences can expect and I think I expect of myself. Which is just, I’m not trying to deliver – and have no intention of just making – a blood-fest.”

2. Apa sebenarnya terjadi kepada semua X-Men yang lain?

Logan dikatakan berlaku dan wujud lima tahun selepas kejadian yang terjadi dalam filem X-Men: Days of Future Past (2014). Persoalannya: Apakah yang terjadi kepada semua X-Men yang lain selepas itu?

Semasa pertembungan awal antara Wolverine dan Donald Pierce, watak antagonis itu ada menyebut: “Charles’ brain is classified as a weapon of mass destruction. A shame what happened up East.”

Berkemungkinan besar dialog tersebut merupakan pembayang tentang takdir yang menimpa X-Men dalam filem ini.

Apakah Professor X telah hilang kawalan dan secara tidak sengaja menghapuskan semua populasi mutan di dunia? Adakah satu tragedi buruk telah berlaku di rumah agam X-Men di Westchester? Atau mungkin sahaja ada kejadian yang lebih buruk terjadi kepada teman-teman Wolverine?

Memetik satu dialog di antara Wolverine/Logan dan Professor X dalam prebiu 40 minit tersebut:

“Statue of Liberty was a long time ago. There are no New Mutants. Maybe we were God’s mistake.” 

“What a disappointment you are. When I found you, you were pursuing a career as a cage fighter. You were an animal. We took you in. I gave you a family.” 

“And they’re gone now.”

“Logan… what did you do? What did you do? Answer me. Why are we here?”

“It’s for your own good.” “You’re waiting for me to die.”

 

1. Babak pembukaan filem Logan yang luarbiasa!

Jelas sekali sekarang bahawa filem Logan adalah sebuah naskah filem adiwira yang lain daripada yang lain.

Bagi membuktikan kenyataan ini, ramai pihak media dan blogger yang terpilih untuk menonton prebiu filem selama 40 minit tersebut telah hampir sepakat ini bukan filem X-Men atau mana-mana filem adiwira/superhero yang lazim dipertontonkan:

“The film opens abruptly with Logan himself, Hugh Jackman, sleeping inside a psuedo-futuristic limo. He is awoken suddenly and stumbles out of the car as if drunk and delirious. Four gangster-type thieves are trying to steal his tires. Logan is very matter-of-fact with them in telling them to stop, more cautious to them than angry. But, the gangster thieves are short tempered and simply shoot Logan to the ground.

Title card pops up: LOGAN

Logan lays on the ground, bleeding, hurt. He’s slow to get up, not like we’ve seen him in past films where he’s quick and angry. He’s obviously not himself. He engages them again, as if drunk, but it’s a ruse. He pops his claws, which come out slow, as if malfunctioning. But, they still come out. The gangster thieves attack and it becomes a bloodbath. Within a few seconds Logan is already the Wolverine film we’ve been waiting for: An arm is sliced off, blood spraying, claws through a head, blood spurting everywhere.

This is the Wolverine you always wanted to see.”

Ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan Wolverine/Logan. Apakah beliau sedang melawan jangkitan penyakit atau wabak seperti Virus Legacy sepertimana yang pernah diceritakan dalam komik atau mungkin sesuatu yang lebih kronik dari itu?

Pengarah James Mangold hanya mengeluarkan kenyataan ini apabila ditanya:

“We find him in a state of extreme disrepair. He’s sick. I think the movie will reveal how exactly he’s ill. But the idea is that we find him in a state much like the examples I was just saying. What is it like for a sports star or an astronaut when your knees start to give out and your elbows creak and it’s harder to get out of bed and you have dizzy spells and you feel weaker and you’re self-medicating with drugs or alcohol? This is kind of the reality he’s living under, at this point in the movie.”

Apa pendapat anda tentang semua trivia dan pendedahan ini? Sila kemukakan pendapat seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah ini.

Logan akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 Mac, 2017.

Last modified: January 22, 2017

2 Responses to " 5 Trivia Menarik dalam Treler Rasmi Terakhir Filem LOGAN! "

  1. Mrfortyseven says:

    Sejujurnya betul…dengan hanya melihat trailer…ianya bukan filem adiwira biasa yang sebelum ini kita biasa tonton… Logan diluar jangkaan…sesuatu yang menarik dan penuh keterujaan untuk disaksikan…

  2. Faizal Mukhtar says:

    Ya. Mari kita sama-sama nilaikannya kelak apabila ia ditayangkan di pawagam kelak pada 2 Mac, 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *