Pandang Pertama Seragam Hitam Superman untuk JUSTICE LEAGUE Terdedah?

661

Written by:

Anda nilai sendiri sama ada laporan ini sahih atau sebaliknya.

Pada tahun lalu, teraju utama Henry Cavill yang melakonkan watak Superman/Clark Kent/Kal-El telah dilaporkan oleh beberapa sumber media dengan kebarangkalian mengenakan seragam hitam dalam filem Justice League menjelang tayangannya pada hujung tahun ini.

Tanpa sebarang bukti atau foto rasmi yang membuktikan laporan tersebut, ia masih lagi belum dapat disahkan hingga kini. Akan tetapi, sebuah foto kabur dan kurang jelas yang tidak dijelaskan sumbernya telah muncul di internet baru-baru ini.

Ramai sedia maklum bahawa perkara seumpama ini amat mudah diklasifikasikan sebagai palsu tanpa ada bukti kukuh atau kenyataan rasmi dari pihak Warner Bros. atau DC Entertainment. Namun ia turut mengundang kemungkinan yang foto di atas telah terbocor dari satu sumber tulen dan mengharapkan imej yang lebih jelas. Pengarah Zack Snyder yang diketahui umum juga seorang pembaca dan peminat komik tegar sejak kecil, sebolehnya mahu beberapa aspek serta elemen asal wujud dalam mana-mana naskah filem adapatasi komik di bawah arahannya.

Malah, beliau sendiri pernah mewujudkan satu babak mimpi menerusi filem Man of Steel (2013) bagi memberikan kita gambaran awal bagaimana rupadiri seragam hitam itu kepada Superman:

Peminat-peminat setia telah meramalkan seragam Superman telah lama tidak terkena dan didedahkan kepada sinaran matahari. Maka, warna merah dan biru pada seragam yang dikenali ramai itu turut berubah warnanha menjadi suram, hitam dan kelabu.

Apa pendapat anda tentang imej yang didedahkan dan sedang viral di internet di bawah ini? Nyatakan pendapat dan komen anda seperti biasa di ruangan bawah entri ini.

Last modified: January 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *