Tonton Treler Rasmi Baharu Filem Reboot POWER RANGERS!

438

Written by:

FilemSemasaTV

Tiada siapa pun yang menjangkakan kedatangan treler ini.

Tetapi Lionsgate Film baru sahaja mendedahkan sebuah treler rasmi baharu untuk filem reboot Power Rangers sebentar tadi.

Treler sulung yang terdahulu meninggalkan kita dengan lebih banyak tanda tanya dan persoalan tentang pasukan yang lebih muda tanpa seragam rasmi adiwira asal siri televisyen popular awal 90an itu. Namun kini, kita dapat melihat mereka bersiap siaga lengkap berseragam Power Rangers dengan aksi tempur dan tarung termasuk kelibat antagonis seperti Goldar dan Rita Repulsa. Tidak ketinggalan juga pandang pertama Bryan Cranston sebagai Zordon dan Alpha 5!

Tonton treler rasmi baharu Power Rangers tersebut di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi filem di atas:

“Saban’s Power Rangers follows five ordinary high school kids who must become something extraordinary when they learn that their small town of Angel Grove – and the world – is on the verge of being obliterated by an alien threat. Chosen by destiny, our heroes quickly discover that they are the only ones who can save the planet. But to do so they will have to overcome their real-life issues and band together as the Power Rangers before it is too late.”

Power Rangers akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mac, 2017.

Last modified: January 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *